PENGENDALI Arsenal, Unai Emery gembira dengan peningkatan yang telah dilihatnya pada Mesut Ozil dalam sesi latihan.
Ozil hanya beraksi dua kali dalam semua pertandingan musim ini, namun dia menegaskan dalam wawancara khas bersama The Athletic yang dikeluarkan semalam (Khamis) bahawa dia tidak akan meninggalkan Arsenal sebelum berakhirnya kontrak beliau pada tahun 2021.
MESUT OZIL EXCLUSIVE - Arsenal star breaks his silence to @TheAthleticUK:— David Ornstein (@David_Ornstein) October 17, 2019
🚨Staying at #AFC until 2021
🚨Training hard to regain place
🚨Respects Emery, rejects critics
🚨Relives moped attack
🚨Talks Germany + Erdoganhttps://t.co/6O3ELti4ju
Get 40% off https://t.co/ktfzn2236t
Emery juga terbuka untuk memberi Ozil peluang sekali lagi dan mendedahkan faktor-faktor lain yang menjelaskan tindakan terhadnya menjelang aksi Liga Perdana Arsenal yang akan berkunjung ke Sheffield United, Selasa ini jam 3 pagi (waktu Malaysia).
Pengendali Arsenal itu sebelum ini mengatakan Ozil tidak memberikan usaha yang mencukupi dalam latihan untuk menjamin pemain tersebut beraksi lebih kerap, namun gembira dengan respon terbaru pemain itu.
"Dengan Mesut, tahun ini bermula dengan kesulitan untuknya," kata Emery pada sidang akhbar pada hari Khamis.
"Pada pra-musim, dia bekerja dengan baik dan bermain dalam perlawanan.
"Tetapi masalahnya dengan Sead menghentikan perkembangannya dan kemudian, selepas masalah itu, dia sakit selama seminggu. Dia kehilangan banyak latihan untuk terus bekerja dan menjaga kecergasannya.
*Ozil dan Kolasinac terlibat dalam insiden rompakan bersenjata di London sebelum bermulanya aksi liga.
"Dalam dua atau tiga minggu terakhir, latihannya telah bertambah baik, saya tidak menutup peluangnya bermain. Sekiranya dia baik, jika dia bersedia dan berlatih, memberikan kami kegembiraan setiap hari dalam latihan, dia boleh bermain.
"Idea saya adalah untuk menggunakan setiap pemain dan dia berada dalam skuad yang dapat membantu kami.
"Dia mempunyai kemahiran dan kualiti yang sangat diperlukan dalam perlawanan seterusnya.
"Dia mempunyai kemahiran dan kualiti yang sangat diperlukan dalam perlawanan seterusnya.
"Saya gembira dengan bagaimana dia membaiki, bagaimana dia berlatih setiap hari. Dia satu lagi pemain dalam skuad.
"Pada masa itu [sebelum ini], mungkin secara fizikal, mungkin dengan lebih banyak rentak, mungkin bergantung pada setiap perlawanan, ada pemain lain di hadapannya.
"Sekarang, saya merasa lebih baik dengannya."
Dalam perkembangan lain The Gunners, Kieran Tierney bersedia untuk memulakan aksi di Bramall Lane, sementara Alexandre Lacazette kembali menjalani latihan penuh.
Dan Emery menolak kemungkinan buat penyerang Perancis itu beraksi pada perlawan tersebut (menentang Sheffield United).
"Sekarang, saya merasa lebih baik dengannya."
Dalam perkembangan lain The Gunners, Kieran Tierney bersedia untuk memulakan aksi di Bramall Lane, sementara Alexandre Lacazette kembali menjalani latihan penuh.
📺 WATCH: 'I think he is ready to play' #Gunners boss Unai Emery gives an update on Kieran Tierney.— PLZ Soccer (@PLZSoccer) October 17, 2019
-With @ArnoldClark pic.twitter.com/7I97lzvG26
Dan Emery menolak kemungkinan buat penyerang Perancis itu beraksi pada perlawan tersebut (menentang Sheffield United).
"Hari ini merupakan sesi pertama dia dengan kami dan dia berasa sihat," kata Emery, yang mengulas lanjut mengenai kecergasan Lacazette.
"Ia bergantung bagaimana dia merasakan pada hari-hari akan datang sama ada dia akan beraksi pada Isnin, tetapi ia positif, saya tidak tahu jika dia akan bermain 90 minit atau bermula di bangku simpanan."