PEMAIN ini pernah dikaitkan dengan Arsenal dan pihak The Gunners juga turut dilaporkan pernah membuat tawaran untuk mendapatkan beliau pada Januari lalu.
Selepas musim panas yang sibuk, Zinedine Zidane belum melengkapkan rombakan yang dimahukan beliau di Real Madrid.
Masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan beberapa pemain yang mendapati diri mereka 'tidak diperlukan' mula mempertimbangkan masa depan mereka di Bernabeu.
Lucas Vazquez merupakan antara pemain yang berada didalam senarai tersebut (tidak diperlukan), dengan dirinya di pinggirkan musim ini.
Laporan El Desmarque lima hari lalu mendedahkan bahawa masa depannya kelihatan semakin suram di Real Madrid, dengan Zidane lebih gemar menggunakan pemain muda sepertin Vinicius Junior dan Rodrygo pada bahagian hadapan.
Dan itu membuatkan Vazquez 'membuka pintu' untuk berpindah pada jendela perpindahan Januari nanti.
Pun begitu, beliau masih mendapat perhatian daripada beberapa kelab elit Eropah dengan Arsenal dikatakan salah sebuah kelab yang masih menaruh minat terhadapnya, selain Roma dan Bayer Leverkusen, juga berhajat untuk mendapatkan tandatangannya.
Roma ketika ini dikatakan berada pada kedudukan terbaik untuk mendapatkan Vazquez, bukan sahaja kerana mampu menepati jumlah gaji pemain itu, malahan juga bersedia membayar €20 juta untuk mendapatkan pemain tengah dan sayap itu.
Vinicius Junior, 19 tahun. |
Rodrygo Silva de Goes, 18 tahun. |
Pun begitu, beliau masih mendapat perhatian daripada beberapa kelab elit Eropah dengan Arsenal dikatakan salah sebuah kelab yang masih menaruh minat terhadapnya, selain Roma dan Bayer Leverkusen, juga berhajat untuk mendapatkan tandatangannya.
Zidane intentando no poner de titular a Lucas Vazquez pic.twitter.com/94ladY7Qnx— 🌈Padre de Boruto🌈 (@AmoPuto) October 19, 2019
Roma ketika ini dikatakan berada pada kedudukan terbaik untuk mendapatkan Vazquez, bukan sahaja kerana mampu menepati jumlah gaji pemain itu, malahan juga bersedia membayar €20 juta untuk mendapatkan pemain tengah dan sayap itu.
Ini menunjukkan bahawa Arsenal tidak bersedia melakukannya, walaupun tawaran ataupun nilai pemain itu menurun daripada apa yang dibuat The Gunners sebelum ini (sebanyak € 40 juta) pada jendela perpindahan lalu.
The Gunners dikaitkan dengan Vazquez sepanjang musim panas dan ia mendakwa bahawa minat kelab London ini tidak pernah menurun, walaupun berjaya menandatangani Nicholas Pepe.
Arsenal mampu mendapatkan pemain itu pada Januari nanti sekiranya sanggup mengeluarkan € 20 juta (kira-kira 17 juta pounds).
Kisah-kisah Lucas Vazquez pernah dilaporkan sebelum ini pada jendela perpindahan musim panas -yang mempunyai kaitan dengan Arsenal.
Kisah-kisah Lucas Vazquez pernah dilaporkan sebelum ini pada jendela perpindahan musim panas -yang mempunyai kaitan dengan Arsenal.
Arsenal tawar gaji hampir tiga kali ganda kepada pemain sayap Real Madrid: Arsenal tawar… https://t.co/1XowI9qlUI— MyGooners (@MyGooners1886) June 28, 2018
Arsenal sedia labur € 30 juta + bonus untuk dapatkan pemain Real Madrid.: ARSENAL bersedia… https://t.co/yLVLHSn6Nz— MyGooners (@MyGooners1886) July 2, 2019
Arsenal semakin hampir untuk menandatangani Vazquez, sekurang-kurangnya minggu depan… https://t.co/4OdyuDUjpo— MyGooners (@MyGooners1886) July 5, 2019
Lucas Vazquez dilaporkan 'mempertimbangkan' tawaran Arsenal, keputusan sebelum Selasa depan… https://t.co/EASHIKg8DS— MyGooners (@MyGooners1886) July 6, 2019