KITA mungkin baru berada pada bulan Oktober dan jendela perpindahan musim panas baru baru dua bulan berakhir, namun kini tumpuan perpindahan telah pun diperkatakan dengan jendela kedua yang akan dibuka pada Januari nanti.
Oleh itu, media ketika ini mula melancarkan khabar angin perlahan-lahan dan minggu ini menyaksikan kedua-dua, Arsenal dan Everton dikaitkan dengan Unai Nunez dari Athletic Bilbao.
Transfer Tavern: Everton: Unai Nunez keen to leave Athletic Bilbao in January amid Toffees and Arsenal links https://t.co/oiS2eslF0R #efc #coyb pic.twitter.com/ZzTPhnL9Yw— Everton News 365 (@iEvertonApp) October 19, 2019
Laporan di England mencadangkan kedua-dua kelab itu berminat terhadap pemain pertahanan tersebut dengan menyatakan masing-masing sedang mempertimbangkan untuk memulakan tindakan selanjutnya.
Khabar angin ini boleh dikatakan 'masuk akal' memandangkan Everton ketika ini menghadapi masalah pada barisan pertahanan mereka, begitu juga dengan pertahanan Arsenal yang turut memiliki masalah yang sama.
Kisah ini pada awalnya tidak begitu mendapat laporan di Sepanyol, namun kini ianya mula diperkatakan di negara tersebut dan sekiranya minat yang dilaporkan mengenai kedua-dua kelab itu adalah benar, maka Januari nanti mungkin menjadi masa yang sangat baik untuk melakukan tindakan mereka (membuat tawaran).

AS menjelaskan Nunez tidak gembira di Athletic, setelah mendapati dirinya 'terkeluar' dari pasukan utama.
Pengurus, Gaizka Garitano lebih menyukai untuk menurunkan gandingan Yeray Alvarez dan Inigo Martinez pada barisan pertahanan tengahnya, dan itu menyebabkan Nunez terpaksa mencari minit permainan di tempat lain.
Ia mendakwa bahawa pemain tersebut 'menunggu untuk keluar' dari kelab itu dan ketibaan jendela perpindahan Januari ini untuk menrealisasikan hasrat tersebut.
Gaizka Garitano, pengurus Athletic Bilbao. |
Akhbar itu mengatakan dengan jelas bahawa tidak ada 'pergerakan', walaupun dakwaan media dari seluruh Eropah mengenai minat terhadap pemain itu.
Begitu juga dengan Athletic Bilbao yang masih belum membuat sebarang maklum balas mengenai hal tersebut, dengan dilaporkan tiada perbincangan dilakukan antara pemain dan kelab mengenai isu perpindahan.

Walau bagaimanapun, Nunez dilaporkan telah menukar ejennya kepada agensi Valencia, Leaderbrocks Sports, yang sering berlaku ketika seorang pemain ingin berpindah keluar.
AS mengesahkan pertahanan itu mempunyai klausa pelepasan bernilai €30 juta (kira-kira 26 juta pounds) dalam kontraknya, nilai yang mengecewakan Cardiff, Watford dan Crystal Palace pada Januari lalu.
Jadi itu adalah nilai perpindahan yang sama buat Everton atau Arsenal perlu membayar sekiranya mereka mahu mengubah 'minat mereka' kepada sesuatu yang pasti pada Januari nanti.
Jadi itu adalah nilai perpindahan yang sama buat Everton atau Arsenal perlu membayar sekiranya mereka mahu mengubah 'minat mereka' kepada sesuatu yang pasti pada Januari nanti.