PUTERA Mahkota Saudi dilaporkan sedia untuk melakukan tawaran ketiga untuk mengambil alih Manchester United selepas tawaran terdahulu bernilai £ 3 bilion ditolak.
Mohammed Bin Salman, Putera Mahkota Saudi mempuyai nilai kekayaan yang dilaporkan berjumlah £850 bilion, tetap berhasrat membeli Manchester United walaupun tawaran sebelum ini gagal menepati serta memujuk keluarga Glazer.
Sebelum ini, Putera Mahkota itu menyaksikan dua tawaran yang dikemukakan pihak beliau yang bernilai sekitar £3 billion ditolak, namun ianya tidak menghalang minat serta hasrat beliau untuk memiliki kelab itu.
Sebelum ini, Putera Mahkota itu menyaksikan dua tawaran yang dikemukakan pihak beliau yang bernilai sekitar £3 billion ditolak, namun ianya tidak menghalang minat serta hasrat beliau untuk memiliki kelab itu.
Kedua-dua tawaran sebelum ini ditolak keluarga Glazer dengan menyatakan bahawa mereka tidak berhasrat untuk menjual kelab itu pada sebarang harga.
Walau bagaimanapun, menurut The Mirror, dengan ketidakpastian pemilikan kelab oleh keluarga Glazer semakin diperkatakan, United mungkin lebih bersedia untuk mendengar tawaran terkini Putera Mohammed.
Man Utd braced for third takeover bid from Saudi Crown Prince after £3bn offer rejectedhttps://t.co/e42qSlnG5G pic.twitter.com/jlJQLFnLe8— Mirror Football (@MirrorFootball) October 19, 2019
The Glazers, menjadi pemilik Manchester United pada tahun 2005 setelah membeli kepentingan kelab itu pada nilai £790 juta, menolak kedua-dua tawaran Putera Mohammed sebelum ini dan pendirian mereka masih sama (tidak mahu menjual), namun The Mirror mengatakan bahawa kelab itu mengharapkan tawaran lain akan dikemukakan daripada pihak Putera Saudi itu.
Pemegang bersama Kevin Glazer, salah seorang dari enam beradik keluarga tersebut, baru-baru ini telah meletakkan 13 peratus sahamnya yang bernilai £ 270 juta di New York Stock Exchange.
Dan tindakan mengejutkan itu jelas menunjukkan keinginannya untuk melupuskan pegangannya terhadap Manchester United.
Bagaimanapun, ahli keluarganya yang lain dilaporkan masih mahu mengekalkan pegangan mereka di kelab itu dan pengumuman mengenai Kevin ingin melepaskan pegangannya menyaksikan peningkatan sedikit dalam harga saham United.
Saham United berada pada kira-kira $ 15 sebelum berita mengenai Kevin Glazer itu dan meningkat kepada $ 16 pada hari Jumaat.
Pun begitu, saham United mengalami penurunan daripada $20 di pasaran sejak Ole Gunnar Solskjaer mengambil tampuk pada bulan Mac.
Lebih malang, nilai pasaran United berjumlah $3 bilion ketika pengurus tersebut (Ole Gunnar) dilantik sebagai pengurus tetap dan kini telah jatuh ke $2.64 bilion (sekitar £2 bilion), dalam tempoh tersebut.
Dengan tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, pendapatan Manchester United dilaporkan mengalami kejatuhan untuk kali pertama dalam dalam tempoh ini.
Di samping itu, United baru-baru ini dilaporkan bahawa penaja mereka, Chevrolet, yang menjalinkan kerjasama bersama mereka semenjak tahun 2014, tidak mahu meneruskan tajaan ataupun kerjasama apabila kontrak tersebut tamat pada tahun 2021.
Firma pembuatan kereta itu merasa seolah-olah mereka telah 'membayar secara berlebihan' atas tajaan mereka tanpa mendapat pulangan yang berbaloi, lebih-lebih lagi tanpa trofi kemenangan.
Walau bagaimanapun, disebalik prestasi merundum dan bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris, pakar kewangan telah mengemukakan kira-kira (nilai) mengenai sesiapa yang ingin mendapatkan kelab Old Trafford itu perlu hadir dengan tawaran sekurang-kurangnya $ 4 bilion (kira-kira 3 billon pounds).