Arsenal tandatangani perjanjian rakan kongsi bersama 424.

ARSENAL telah mengumumkan perjanjian rakan kongsi baharu bersama 424. 


Perjanjian dua tahun itu akan melihat reka bentuk jenama fesyen yang berpangkalan di Los Angeles akan membuat suits untuk Unai Emery, pemain pasukan utama, kakitangan kanan kelab dan buat kali pertama juga untuk Arsenal Women.

Didorong oleh persahabatan pengasas bersama Guillermo Andrade dengan Hector Bellerin, sokongan sepanjang hayatnya terhadap Arsenal dan cintanya terhadap bolasepak, perkongsian itu menyaksikan label 'contemporary streetwear' akan memasuki dunia sukan profesional untuk kali pertamanya. 
424 akan bekerjasama dengan Arsenal dalam beberapa projek menarik sepanjang tempoh perjanjian itu.

Peter Silverstone, Pengarah Komersial Arsenal, berkata: "Kami teruja untuk mengalu-alukan 424 sebagai Rakan Kongsi Pakaian Rasmi Formal Arsenal untuk pasukan lelaki Arsenal dan buat kali pertamanya, Arsenal Women. 

"Nilai kreatif dan inovatif mereka sepadan dengan Kelab Bolasepak Arsenal dan kami berharap dapat bekerjasama dengan 424 untuk mencipta kandungan dan acara menarik untuk mempamerkan reka bentuk terkini mereka, sambil membantu mereka mencapai pengguna baharu dan mengembangkan jenama mereka di peringkat antarabangsa. "

Guillermo Andrade, pengasas bersama 424 merupakan sahabat Bellerin.
Pengasas bersama 424, Guillermo Andrade berkata: "Musim ini merupakan impian saya menjadi kenyataan, kerana saya telah dijemput untuk mereka bentuk pakaian kelab bagi pemain dan kakitangan kanan Arsenal FC, sebagai Rakan Kongsi Pakaian Rasmi Formal Arsenal.

"Kami juga berbangga kerana 424 akan merancang pakaian rasmi untuk Juara Liga Super Wanita, Arsenal Wanita, buat kali pertama dalam sejarah kelab. "

Sebelum ini pada Ogos 2017, Arsenal menandatangani kontrak bersama Cavallaro Napoli untuk tempoh dua tahun.

BACA: Arsenal tandatangani kontrak bersama Cavallaro Napoli.

Dan dengan berakhirnya kontrak tersebut, kini 424 bakal menyediakan pakaian formal rasmi Arsenal dan terima kasih kepada Hector Bellerin kerana hubungan baiknya bersama pengasas 424, Guillermo Andrade yang akhirnya membawa kepada perjanjian baharu untuk Arsenal.

Bellerin sememangnya terkenal dengan sikapnya yang meminati fesyen dan sekurang-kurangnya beliau turut menyumbang kepada kelab dari segi komersial selain aksi di atas padang.

Korang bolehlah follow Instagram Guillermo Andrade untuk melihat 'design' pakaian 424 dan mengenali mereka lebih dekat lagi.









A post shared by Guillermo Andrade (@guillermoandrade) on

Sumber dan Kredit : Arsenal

Post a Comment

Previous Post Next Post