Gol Lacazette dipilih sebagai Jaringan Terbaik September Arsenal.

TAHNIAH kepada Alex Lacazette kerana dipilih untuk Gol Terbaik September Arsenal.


Jaringan Laca ketika menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates berjaya memenangi undian untuk gol terbaik Arsenal bagi bulan September, dengan memperolehi undian sebanyak 39 peratus memilih beliau.
Keputusan undian tersebut juga menyaksikan jaringan Laca itu menewaskan sepakan percuma yang  menakjubkan dijaringkan Pierre-Emerick Aubameyang ketika menentang Aston Villa yang memperolehi sebanyak 24 peratus undian untuk kedudukan kedua.

Usaha Bukayo Saka di Frankfurt pula berada tempat ketiga, gol tandukan Gabriel Martinelli melawan Nottingham Forest di tempat keempat dan jaringan Auba menentang Watford berada di tempat kelima.

Berikut adalah keputusan undian penuh bagi Gol Terbaik Bulan September 2019:

Post a Comment

Previous Post Next Post