Pepe sekat pembangunan Saka, namun pandangan lagenda kelab agak mengarut.

MARTIN KEOWN berpendapat Nicolas Pepe boleh menghalang perkembangan Bukayo Saka, walaupun mereka berdua tidak bermain pada posisi yang sama.



Minggu lalu, Arsenal berjaya memenangi satu lagi kejayaan besar dalam saingan Liga Europa, walaupun melakukan rombakan besar ataupun penggiliran pemain dan bergantung harap kepada beberapa pemain muda.

Kesebelasan utama permulaan Arsenal menentang Standard Liege.
Menjelang ke penghujung perlawanan, Nicolas Pepe dan Pierre-Emerick Aubameyang dibawa masuk sebagai pemain gantian, pun begitu Bukayo Saka ditinggalkan sepenuhnya daripada skuad (tidak berada dalam senarai pasukan) pada perlawanan tersebut.

Perkembangan itu mungkin menyebabkan lagenda Arsenal, Martin Keown mengeluarkan komen yang sedikit pelik, seolah-olah bimbang Pepe akan menghalang Saka yang berusia 18 tahun untuk mendapatkan  minit permainan.

"Jika anda berfikir kembali kepada Arsene Wenger, dia tidak pernah akan menyekat jalan pemain -pemain muda tetapi mereka [Arsenal] berbahaya melakukan hal itu dengan Bukayo Saka," kata Keown sebagaimana dipetik dari laman All Nigeria Soccer.

"Pepe, adakah dia akan masuk ke dalam pasukan? Ia adalah sejumlah perbelanjaan besar yang telah mereka bayar untuknya dan Lille akan ketawa sepanjang jalan ke bank dengan perkara itu.

"Ia masih awal dan mungkin pemain itu [Pepe] akan mengubahnya tetapi saya tidak pernah melihat apa yang saya harapkan daripadanya."

Jelas komen yang dikeluarkan Keown itu sedikit pelik kerana kedua-dua pemain itu (Pepe dan Saka) beraksi pada posisi berbeza.

Pepe - sayap kanan

Saka - sayap kiri
Musim ini, Saka telah membuat enam penampilan secara keseluruhannya untuk Arsenal termasuklah ketika beraksi dalam saingan Liga Perdana 2 (PL2), namun beliau tidak pernah beraksi pada posisi lain melainkan pada sayap kiri.

Saingan 2019/20 Penampilan Gol Bantuan Gol Posisi
Premier League 3 - 1 Sayap Kiri
Europa League 1 1 2 Sayap Kiri
EFL Cup 1 - - Sayap Kiri
Premier League 2 1 - - Sayap Kiri
JUMLAH 6 1 3

Manakala Pepe pula, semenjak menyertai Arsenal tidak pernah beraksi pada posisi sayap kiri dan bermain pada sayap kanan serta pada posisi sebagai penyerang tengah (center forward).

Saingan 2019/20 Penampilan Gol Bantuan Gol Posisi
Premier League 8 1 2 Sayap Kanan / Penyerang Tengah
Europa League 2 - 1 Sayap Kanan
JUMLAH 10 1 3

Jelas sekali bahawa Pepe dan Saka tidak bersaing antara satu sama lain untuk satu posisi, malahan Saka pada musim lalu (2018/19) juga tidak pernah beraksi pada posisi sayap kanan.

Posisi dimainkan Saka musim lalu.
Saingan 2018/19 Penampilan Gol Bantuan Gol
Sayap Kiri 20 10 8
Tengah Kiri 3 3 2
Pertahanan Kiri 1 - -

Begitu juga dengan Pepe pada musim lalu dimana beliau beraksi bersama Lille dengan membuat 39 penampilan dalam kesemua pertandingan beraksi pada bahagian sayap kanan.



Posisi dimainkan Pepe musim lalu.
Saingan 2018/19 Penampilan Gol Bantuan Gol
Sayap Kanan 39 23 13

Mungkin ini adalah kebiasaan naratif media yang terlalu bimbang mengenai kedatangan pemain 'asing' dengan bayaran perpindahan besar akan menghalang bakat muda Inggeris daripada terus berkembang dan menghalang perkembangan pemain muda daripada meningkat naik.

Apa-apapun, diharapkan kedua-dua pemain ini mampu menyinar bersama Arsenal dan berjaya membantu pasukan menamatkan musim suram yang semakin 'menjadi-jadi'.

Nota penulis: Tidak sabar untuk menyaksikan kehebatan Pepe sebagaimana beliau di Ligue 1 musim lalu. 🙈 🙈 🙈

Sumber rujukan : WhoScored

Post a Comment

Previous Post Next Post