Arsene Wenger Akan Keluarkan Buku Autobiografinya Sendiri

Pada September tahun lepas, Arsene Wenger telah memberitahu beIN Sports yang dia sudah mula menulis autobiografinya sendiri.

Perkembangan terbaru, beliau sudah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penerbit buku, Weidenfield & Nicolson.

Bukunya yang bertajuk "My Life in Red and White" akan diterbitkan pada musim bunga 2020 dalam dua bahasa iaitu bahasa Perancis dan Inggeris.

Beliau menulis dalam bahasa Perancis bagi memastikan beliau dapat menyampaikan pemikirannya dengan jelas.

Pengerusi syarikat tersebut, Alan Samson, juga seorang penerbit dan peminat Arsenal berkata: 

"Arsene Wenger merupakan orang yang telah menukar keseluruhan corak bolasepak di negara ini. Beliau seorang pengurus revolusi yang telah mempengaruhi Arsenal selama 22 tahun. 

"Beliau telah mengubah kebiasaan para pemain dan yang penting membuka mata dan memperluas minda kita.

"Beliau memberikan lebih keseronokan di dalam Premier League lebih dari dua dekad, contoh terbaik ialah skuad 'Invincibles' yang sangat hebat. 

"Dan apabila bercakap mengenai keseronokan, saya hampir tidak boleh menyatakan perasaan sendiri sebagai seorang peminat Arsenal, mengalukan kedatangan Wenger ke dalam pasukan Hachette dan pasukan Weidenfeild & Nicolson." sambungnya lagi.

Sebagai seorang peminat tegar Arsenal, autobiagrafi ini mungkin menjadi salah satu koleksi yang harus didapatkan apabila ianya telah diterbitkan nanti. 

Mungkin banyak pertanyaan ketika zamannya menjadi pengurus the Gunners terjawab nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post