Kesebelasan terbaik yang boleh di perolehi secara percuma musim depan dengan formasi 4-3-3

SETIAP tahun, setiap musim pasti ada perpindahan yang menggemparkan dunia bolasepak dengan bayaran perpindahan termahal dan jumlah belanja yang cukup besar dikeluarkan.

Malahan tidak terkecuali juga dengan perpindahan percuma yang turut mengejutkan kita semua.

Bagi peminat Arsenal, perpindahan Aaron Ramsey ke Juventus pasti dirasai apabila kelab melepaskan pemain tersebut secara percuma dan mengeluarkan £72 juta untuk mendapatkan Nicolas Pepe dari Lille.

Menjelang jendela perpindahan Januari ataupun juga dikenali dengan perpindahan musim sejuk yang merupakan jendela perpindahan kedua untuk satu musim, terdapat beberapa pemain yang bakal menamatkan kontrak musim ini.

Seandainya gagal dalam mencapai kesepakatan untuk memperbaharui kontrak sebelum Januari ini, mereka (pemain-pemain yang bakal menamatkan kontrak pada penghujung musim ini) mampu berunding dengan mana-mana kelab.

Dan perpindahan mereka pada musim depan boleh terjadi tanpa melibatkan sebarang yuran perpindahan ataupun boleh ditandatangani secara percuma.

Berikut kami bawakan kesebelasan utama yang boleh didapati secara percuma musim depan (2020/21) dan dimana mereka boleh berakhir:

Penjaga Gol

Alexander Nübel (Schalke)
Bernilai 12 juta euro dalam pasaran perpindahan semasa ketika ini, beliau mungkin menyertai Bayern Munich musim depan.

Beliau dikatakan jelmaan Manual Nueur ataupun Nueur baharu dengan pemain ini merupakan kapten Schalke musim ini. 

Pertahanan

Thomas Meunier (PSG) - bek kanan (RB).
Pertahanan kanan PSG ini bernilai 30 juta euro dan mampu diperolehi secara percuma sekira tidak menyambung kontrak bersama kelab Perancis itu Januari ini.

Meunier dikaitkan dengan Arsenal dan Man. United pada musim panas tetapi kedua-dua kelab Inggeris itu jelas tidak memerlukan pertahanan kanan ketika ini.

Perkembangan itu mungkin menyaksikan beliau kekal bersama PSG musim depan (sekiranya menandatangan perjanjian baharu).

Joël Matip (Liverpool) - pertahanan tengah (CB).
Bernilai 35 juta euro dan mungkin menandatangani perjanjian baharu bersama Liverpool.

Matip menjadi penting musim ini dan Jürgen Klopp sudah pasti akan berusaha untuk mengekalkan beliau.

Pemain pertahanan kelahiran Jerman itu telah menempatkan dirinya di hadapan Joe Gomez di Anfield dan kontrak jangka panjang mungkin ditawarkan kepada beliau.

Toby Alderweireld (Spurs) - pertahanan tengah (CB).
Boleh dikatakan ramai pemain Spurs memerlukan angin perubahan dan Alderweireld tidak terkecuali.

Dengan nilai perpindahan beliau pada pasaran semasa bernilai 40 juta euro, sudah pasti mana-mana kelab yang memperolehinya musim depan mampu tersenyum kerana tidak perlu mengeluarkan belanja untuk menandatangani pertahanan yang terbukti kebolehannya.

Pernah dikaitkan dengan Manchester United dua tahun lalu, menjadi satu kejutan untuk melihat tiada sesiapa yang sanggup mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu yang berjumlah £ 25 juta pada musim panas.

Adakah mereka menunggu saat ianya boleh didapati secara percuma?

Raphaël Guerreiro (Dortmund) - bek dan pemain tengah kiri (LB/LM)
Mungkin kekal bersama Dortmund musim depan walaupun pernah dikaitkan dengan Paris Saint-German pada musim panas.

Gergasi Perancis itu pernah mengumumkan bahawa mereka yakin dapat menandatangani pemain kelahiran Perancis yang juga memiliki kerakyatan Portugal itu pada musim panas lalu.

Namun tiada kesepakatan dapat dicapai dan melihatkan perkembangan perpindahan mengaitkan Guerriro ketika ini, besar kemungkinan dia akan kekal bersama Dortmund musim depan.

Bernilai 25 juta euro dalam pasaran perpindahan semasa, Dortmund dilaporkan sedia menawarkan kontrak jangka panjang kepada beliau namun setakat ini, masih tiada apa yang terjadi.

Pemain Tengah

Christian Eriksen (Spurs) - pemain tengah menyerang (AM)
Bernilai 100 juta euro dalam pasaran perpindahan pemain ketika ini, beliau kemungkinan berpindah menyertai Real Madrid musim depan.

Eriksen jelas mahu berpindah keluar dari Spurs dan tidak menyembunyikan fakta bahawa dia berharap untuk menyertai Real Madrid pada musim panas lalu.

Untung Real Madrid... 100 juta dapat percuma jer.

Blaise Matuidi (Juventus) - tengah dan kiri (CM / LM)
Kemungkinan akan melanjutkan kontraknya bersama gergasi Itali itu dan pemain ini bernilai 22 juta euro dalam pasaran perpindahan pemain ketika ini.

Walaupun Juventus dipenuhi dengan pemain tengah, namun beliau masih tetap beraksi dibawah pengendali baharu, Maurizio Sarri.

David Silva (Man City) - tengah (AM/CM/LM)
Bernilai 20 juta euro dalam pasaran perpindahan pemain ketika ini, pemain berusia 33 tahun itu pasti meninggalkan Manchester City pada musim panas akan datang.

Beliau mengesahkan bahawa kariernya bersama City akan berakhir selepas mengharungi 10 musim yang hebat  di EPL.

Kemanakah destinasi beliau dan siapakah yang akan menandatangainya secara percuma musim depan?

Penyerang

Willian (Chelsea) - sayap kanan (RW)
Barcelona dilaporkan telah membuat tawaran untuk Willian namun ditolak untuk dua musim berturut-turut.

Namun kini, mereka (Barcelona) telah mempunyai Antoine Griezmann dan turut dilaporkan ingin mendapatkan Neymar.

Jadi percubaan mereka untuk menandatangani Willian pasti tidak akan diteruskan melainkan pemain ini berada dalam senarai B (backup plan) sekiranya gagal mendapatkan Neymar.

Berusia 31 tahun, pemain kelahiran Brazil ini bernilai 35 juta euro dalam pasaran semasa perpindahan.

Edinson Cavani (PSG) - penyerang (CF)

Bersara atau melanjutkan kontrak bersama PSG?

"Buat masa ini, saya bermain menjelang akhir kontrak saya (2020) dan kemungkinan kerjaya saya," kata Cavani pada Januari.

"Saya akan menjadi 34 apabila ia sudah berakhir. Saya tidak tahu jika saya akan terus bermain selepas 2020 dan jika masih, ia akan berada di Paris. "

Walaupun berusia 34 tahun, namun penyerang ini bernilai 40 juta euro dalam pasaran perpindahan semasa.

Dries Mertens (Napoli) - penyerang (CF)
Penyerang berusia 32 tahun ini kemungkinan berpindah ke MLS musim depan.

Pemain kelahiran Belgium ini bernilai 25 juta euro dalam pasaran perpindahan semasa dan ketika ini tiada perkembangan dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama Napoli.

Kemungkinan akan dilepaskan Napoli dan pemain ini kemungkinan akan berpindahan ke MLS.

Dengan kesebelasan utama tadi itu, ianya berjumlah sebanyak 384 juta dan ianya adalah satu jumlah yang cukup besar untuk pemain-pemain ini boleh ditandatangani secara percuma.

Manakala bagi pemain simpanan pula, berikut adalah yang boleh ditandatangani secara percuma:
Jan Vertonghen (pertahanan), Luka Modrić (tengah), Juan Cuadrado (tengah), José Callejon (penyerang) dan Mario Götze (tengah menyerang).

Post a Comment

Previous Post Next Post