Arsene Wenger jelaskan permasalahan yang melanda Paul Pogba di Man United.

ARSENE WENGER jelaskan dua masalah yang dihadapi Paul Pogba di Manchester United.



Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengatakan bintang Manchester United, Paul Pogba mengalami dua masalah dalam mempamerkan aksi sebenar ketika ini.

Wenger berkata kecergasan dan sikap Pogba menyumbang kepada masalah buat Manchester United musim ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak beraksi ketika Manchester United mengalami kekalahan 1-0 kepada Newcastle United di St James' Park, Ahad lalu akibat kecederaan.

Dan ketiadaan Pogba memaksa Ole Gunnar Solskjaer bermula dengan Fred dan Scott McTominay untuk peranan di bahagian tengah United namun gagal menyekat Matty Longstaff daripada menjaringkan gol kemenangan untuk tuan rumah pada babak kedua perlawanan.

Pogba tidak beraksi untuk Red Devils sejak seri 1-1 dengan Arsenal di Old Trafford minggu lalu ekoran kecederaan dan tahap kecergasaan pemain itu yang masih belum memuaskan.

Pun begitu, prestasi pemain itu ketika beliau cukup cergas turut dikritik kerana persembahan yang begitu mengecewakan.

Masa depan pemain ini juga turut menjadi persoalan selepas dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford pada musim panas.

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menjelaskan mengapa Pogba gagal mempamerkan prestasi terbaiknya dan menyebabkan beberapa masalah di Manchester United musim ini.

"Pertama sekali, saya rasa Paul Pogba, sejak permulaan musim ini, tidak pernah benar-benar cergas, masih mengalami kecederaan," kata Wenger.

"Dia tidak mempunyai kenyakinan, saya telah melihat dia ketika menentang Arsenal, dia tidak kelihatan dengan penuh keyakinan secara fizikal dan dia adalah jenis pemain yang mempunyai kuasa fizikal yang besar.

"Dia perlu cergas secara fizikal. 'Selepas itu, apabila seorang pemain ingin pergi dan anda menghalangnya dari meninggalkan, anda tahu anda menjalani proses membina semula hubungan dan perkara pertama yang menderita adalah persembahan. "

Manchester United menandatangani Pogba dalam perjanjian yang menelan belanja £89 juta dari gergasi Serie A, Juventus pada jendela perpindahan musim panas 2016.

Pemain tengah Perancis hanya memenangi Liga Europa dan Piala Liga bersama Manchester United, malah beliau juga gagal menghidupkan kembali Red Devils yang mengalami kemerosotan walaupun kelab telah melabur jumlah yang besar untuk membawanya.

Manchester United akan menentang seteru mereka Liverpool dalam perlawanan liga mereka yang seterusnya pada hari Ahad, 20 Oktober nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post