Pundit BBC Sport akui beliau terkejut melihat Arsenal berada ditangga ketiga liga.

GARTH CROOKS mengakui dia terkejut melihat Arsenal berada di tempat ketiga dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL).



David Luiz menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika The Gunners merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Bournemouth di Emirates pada malam Ahad (waktu Malaysia) untuk melonjak ke tangga ketiga carta liga.

Malah, Arsenal kini hanya satu mata di belakang juara bertahan Manchester City yang berada di tempat kedua dalam carta EPL dan skuad kendalian Emery berada dilandasan terbaik untuk merebut slot empat teratas musim ini.


Pemain pertahanan Brazil, David Luiz menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dan turut merekodkan perlawanan pertamanya tanpa bolos (clean sheet) semenjak menyarung jersi The Gunners musim ini.

Pundit BBC Sport memilih Luiz dalam pasukannya minggu ini, tetapi mengakui dia tidak dapat memahami bagaimana Arsenal berada di tempat ketiga dalam carta liga.

Pasukan Pilihan Mingguan pilihan Garth Crooks.
Dalam kolum beliau untuk BBC Sports, Crooks menjelaskan dengan terperinci mengenai pemilihan pemain yang dibuatnya untuk pasukan pilihannya itu serta menyatakan mengenai 'kejutan yang tidak dipercayainya' mengenai Arsenal.

I cannot believe this Arsenal team are third in the table. I know we are only eight games into the Premier League season but their defence has been so bad, how is this possible?
-- Crooks via BBC Sports

"Hanya apabila peminat Spurs berfikir minggu ini tidak akan menjadi lebih teruk lagi, kemenangan Arsenal di laman sendiri ke atas Bournemouth dan kemenangan itu membawa mereka ke tangga ketiga dalam jadual.

"Luiz, yang tidak pernah melakukan perkara dengan mudah, menjaringkan gol pertamanya untuk Gunners dan satu-satunya gol perlawan tetapi yang lebih penting menyimpan rekod bersih (tanpa bolos) pertamanya dalam baju Arsenal.

"Saya tidak boleh percaya pasukan Arsenal ini ketiga dalam jadual. Saya tahu kami hanya bermain lapan perlawanan dalam Liga Perdana musim ini tetapi pertahanan mereka sangat teruk, bagaimana ini mungkin terjadi?" jelas Crook pada laman BBC Sports.

Malah beliau turut mempertikaikan bagaimana Arsenal sanggup mengeluarkan belanja £8 juta untuk David Luiz ketika Cahill boleh didapati secara percuma.

Menurut beliau, Cahil telah melengkapkan 95% daripada 60 hantarannya ketika melawan West Ham untuk Crystal Palace, yang merupakan kadar hantaran lengkap terbaik di kalangan pemain Eagles.
Arsenal akan kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabangsa apabila berkunjung ke Bramall Lane untuk menenrang Sheffield United pada awal pagi Selasa, 22 Oktober jam 3 pagi (waktu Malaysia).

Dan tiga hari kemudian, The Gunners akan menjadi tuan rumah kepada Vitoria pada hari Jumaat, 25 Oktober dalam saingan Liga Europa.

Post a Comment

Previous Post Next Post