Ceballos tidak menyesal 'tinggalkan' Real Madrid walaupun berdepan cabaran Bale dan Rodriguez

PEMAIN pinjaman Arsenal dari Real Madrid, Dani Ceballos menafikan bahawa cabaran daripada Gareth Bale dan James Rodriguez menyebabkan beliau kecewa dan menyesal.

Bale satu ketika begitu hangat dikatakan bakal meninggalkan ibukota Sepanyol untuk menyertai pasukan Liga Super China, Jiangsu Suning selepas 'disingkirkan' oleh pengendali Madrid, Zinedine Zidane, sebelum pihak pengurusan membatalkan dan menarik balik perjanjian itu.

Begitu juga dengan masa depan Rodriguez bersama gergasi Sepanyol itu, turut kabur selepas kembalinya daripada pinjaman selama dua bersama Bayern Munich.

Pemain itu dikatakan menjadi sasaran  Napoli dan Atletico Madrid namun akhirnya berakhir dengan pemain tersebut kekal di Santiago Bernabeu.

Kedua-dua pemain itu kekal bersama Los Blancos musim ini dan berjaya bangkit daripada disisihkan apabila menjadi sebahagian daripada skuad Zidane, dengan masing-masing telah membuat enam penampilan La Liga serta membantu pasukan untuk menghuni tangga teratas liga selepas mengharungi lapan perlawanan.

Dani Ceballos berkata kebangkitan Gareth Bale dan James Rodriguez di Real Madrid tidak membuatnya menyesal meninggalkan Los Blancos untuk Arsenal.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu memilih untuk berpindah ke Liga Perdana dengan menyertai The Gunners secara pinjaman selepas bergelut mendapatkan tempat dan minit bermain di Santiago Bernabeu sejak dua musim lalu.

Ceballos telah membuat 11 penampilan bersama Arsenal dalam semua pertandingan setakat ini dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuatnya kerana ketika bersama Madrid, beliau gagal mendapat peluang yang diingininya, iaitu beraksi.

Rekod penampilan Ceballos bersama Arsenal setakat ini.
Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 8 - 2 439'
Europa League 2 1 - 108'
EFL Cup 1 - - 19'

"Madrid sangat baik, ya, mereka mempunyai banyak kecederaan tetapi saya tidak menyesal kerana tidak berada di sana," katanya pada sidang akhbar ketika tugas antarabangsa.

"Saya tahu apa yang saya ada di kepala saya dan ia adalah untuk bermain dan menikmatinya. Saya sangat gembira di Arsenal, saya bermain 10 (11) perlawanan di mana saya menunjukkan tahap terbaik. Sekarang saya berada dimana saya mahukan.

Ketika ditanya mengenai kebangkitan Bale dan James di Madrid, beliau menjawab: "Idea saya jelas dari awal, bermain dan menikmati bolasepak kerana dalam dua tahun sebelum ini saya tidak dapat dan saya berjaya menikmatinya kini bersama Arsenal."

Kontrak Ceballos bersama Real Madrid hanya akan berakhir pada Jun 2023 dan beliau akan kembali ke Sepanyol musim depan setelah tamat tempoh pinjaman selama semusim bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post