Atletico Madrid mahu selesaikan kontrak Thomas Partey, terancam dengan kelab-kelab Inggeris termasuk Arsenal.

ARSENAL sedia untuk menandatangan pemain, Atletico beri keutamaan dalam pembaharuan kontrak selepas 'ancaman' daripada kelab-kelab Inggeris.


Thomas Partey telah menjadi salah seorang pemain utama untuk Atletico Madrid musim ini.

Mundo Deportivo menjelaskan pemain antarabangsa Ghana itu telah berkembang sejak beberapa tahun lalu dan kini telah menjadi pemain penting di bawah Diego Simone.

Tidak seperti musim panas lalu, pemain tengah itu tidak banyak dikaitkan dengan perpindahan keluar dari kelab Sepanyol itu dengan Arsenal merupakan salah satu daripada beberapa kelab yang dilaporkan berminat dengan pemain berusia 26 tahun itu.

Namun kini, laporan mengatakan lebih banyak kelab Liga Perdana Inggeris mula mensasarkan pemain tersebut.

Akhbar Catalan itu menyatakan bahawa kelab-kelab Liga Perdana telah memberi 'ancaman besar' kepada Los Rojiblancos kerana beberapa kelab, termasuk The Gunners, 'bersedia' untuk mendapatkan Partey.

Laporan Mundo mengenai hasrat Atletico yang mahu mengekalkan Partey setelah menerima 'ancaman' kelab Inggeris termasuk Arsenal.
Walaupun masih belum ada kesepakatan, namun Atletico menyedari akan ancaman dari England dan keutamaan mereka kini adalah menawarkan tawaran baru (pembaharuan kontrak) supaya mereka dapat meningkatkan klausa pembelian pemain tersebut yang berjumlah £43.5 juta (€50 juta) ketika ini.

Perjanjian semasa pemain tersebut akan berakhir pada 2023 dan perjanjian baru juga akan menyaksikan pemain itu menggandakan jumlah pendapatan yang diterimanya.

Atletico berhasrat mengekalkan masa depan pemain itu bersama mereka sebelum akhir musim ini dan dengan perjanjian baharu, yang turut mengandungi klausa pelepasan yang lebih tinggi, akan menjadikannya lebih sukar buat Arsenal dan kelab-kelab lain untuk menandatangani Partey.

Pada jendela perpindahan musim panas, bapa pemain ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa anaknya itu berminat untuk berpindah ke Liga Perdana.

THOMAS PARTEY'S dad has revealed that the Atletico Madrid midfielder is keen on a move to England amid interest from Arsenal and Manchester United.
-- The Sun 

Post a Comment

Previous Post Next Post