Bekas pemain Arsenal desak Unai Emery turunkan Mesut Ozil.

BEKAS pemain Arsenal mendesak Unai Emery untuk menurunkan dan menggunakan Mesut Ozil walaupun pemain itu dikaitkan dengan perpindahan.


Paul Merson menggesa Unai Emery untuk memberikan Mesut Ozil peluang untuk bersinar dan menyifatkan Ozil adalah 'pemain terbaik mereka'.

Bekas pemain kebangsaan Jerman itu bagaikan disisih setelah gagal membuat penampilan musim ini dan ekoran itu, ianya menyebabkan spekulasi perpindahan keluar dari Arsenal.

Pun begitu, gaji tinggi yang diterima Ozil (£350k seminggu) menyebabkan tiada kelab yang sanggup membuat tawaran terhadap Arsenal untuk mendapatkan pemain itu.

Arsenal ketika ini berada pada posisi terbaik dengan menduduki tangga ketiga liga, namun Merson dalam ruangannya di Daily Star, beliau telah menulis dengan mengatakan bahawa kelab itu akan mendapat manfaat dengan menggunakan pemain yang berkaliber, Mesut Ozil.

"Mesut Ozil sepatutnya memulakan beberapa perlawanan seterusnya Arsenal supaya mereka dapat memanfaatkan betapa teruknya [keadaan] Tottenham dan Manchester United bergelut ketika ini.

"Jika Spurs dan United tidak bertindak bersama, Arsenal dan Chelsea akan menamatkan saingan di empat teratas dan sekarang adalah masa terbaik untuk meletakkan mereka di bawah tekanan.

"Lima perlawanan daripada tujuh perlawanan seterusnya Arsenal menentang pasukan di bahagian bawah pertengahan liga dan dua lagi menentang Crystal Palace dan Leicester.

"Arsenal perlu mengambil kesempatan ini ketika pesaing mereka sedang bergelut, jadi mereka perlu mendapatkan beberapa mata dalam perlawanan ini dan terus mara.

"Ini adalah beberapa minggu yang hebat untuk mereka dan itulah sebabnya saya akan memainkan Ozil. Saya sendiri secara peribadi menganggap dia pemain terbaik mereka.

"Dari segi kemampuan dan bakat dia pemain terbaik di kelab.

"Dia seorang pemain mewah dan pengurus itu jelas membuat keputusan bahawa dia tidak boleh membawa pemain seperti itu dalam satu pasukan yang sudah menjadi salah satu pasukan terburuk tanpa bola.

"Tetapi dengan perlawanan akan datang, Arsenal akan mempunyai 70% penguasaan. Dia berkembang dalam situasi seperti itu.

"Unai Emery harus membawanya [Ozil] dari 'disisihkan', tetapi dia tidak akan.

"Jika dia memainkan Ozil dan mereka menang, dia perlu terus bermain, dan pengurus tidak mahu itu. Pengurusnya mahu dia keluar.

"Dan jika itu rancangan maka mereka akan menghadapinya dengan kesukaran dan mungkin akan menyingkirkannya pada bulan Januari akan datang.

"Dia dengan [menerima] £350,000 seminggu dan dia tidak bermain dan tidak kelihatan seperti mempunyai peluang untuk bermain. Saya fikir itu satu kesilapan.

"Tetapi jika Emery membuat keputusan, Arsenal perlu mencari jalan untuk mengeluarkan Ozil dan mereka perlu memberi subsidi gajinya untuk melakukan perkara itu kerana tidak ada orang lain yang memainkannya."

Makin lama makin parah isu Ozil dan Emery... semoga Arsenal bakal kembali power sebagaimana dahulu dan menjadi pasukan yang digeruni.

Post a Comment

Previous Post Next Post