INILAH apa yang dikatakan Raul Sanllehi mengenai Mesut Ozil di forum peminat Arsenal selepas pemain tersebut dilihat 'dipinggirkan' Emery.
Raul Sanllehi mengharapkan Mesut Ozil memberikan peranan yang lebih besar bersama Arsenal dalam beberapa minggu akan datang selain mendesak pemain Jerman itu untuk menyumbang lebih banyak dalam pasukan utama Unai Emery.
Ozil telah bermain hanya 142 minit musim ini dan tidak dinamakan dalam skuad untuk perlawanan bagi tiga perlawanan terakhir Arsenal dengan Emery sebaliknya memilih untuk memberi peluang kepada pemain muda The Gunners.
Pihak pengurusan Arsenal telah menyatakan bahawa pemain lain dalam skuad Emery telah membuat sumbangan yang lebih penting dalam latihan berbanding Ozil, yang tidak pernah mengabaikan tugas di London Colney tetapi sama sekali tidak berada di atas dan menepati apa yang diharapkan dari perancang yang pernah mencipta nama selaku King of Assist.
Arsenal berharap dapat mencari kelab yang berminat menandatangani Ozil pada jendela perpindahan Januari tetapi, sementara itu Sanllehi telah menegaskan bahawa pemain itu boleh memenangi peranan dalam rancangan Emery.
"Unai mempunyai banyak pemain yang baik di dalam pasukan, dan dia selalu mengikuti dasar yang sama yang cuba untuk tidak membuat sebarang perbezaan, memainkan pemain yang bekerja keras dalam latihan dan memberi ganjaran dengan masa bermain," katanya sebagaimana dipetik dari Football London.
"Tidak ada yang menentang Mesut sebaliknya dan saya harap kami dapat melihatnya lebih banyak dalam permainan seterusnya kerana kualitinya tidak dapat dipersoalkan lagi, tetapi dia perlu menyumbangkan 24/7 dan itulah yang Unai harapkan dari dia.
"Bukannya dia tidak berfungsi dengan baik, tetapi ada pemain lain yang lebih layak lagi untuk bermain, tetapi Unai tidak dapat melayannya dengan cara berbeza daripada pemain lain.
"Anda mungkin telah membaca bahawa Unai telah meletakkan penghadang, tetapi tidak ada yang seperti itu telah berlaku."
Raul Sanllehi speaks on Mesut Ozil's current situation at Arsenal— Football 365 (@Football_365_pl) October 11, 2019
Arsenal's Head of Football Raul Sanllehi has said that manager Unai Emery does not have any personal issues with Mesut Ozil and the German needs to work harder to earn regular gametime. pic.twitter.com/wd41jwGFFq
Ozil tidak bercakap mengenai peranannya yang berkurangan di bawah Emery tetapi dipercayai sedang mempertimbangkan masa depannya di kelab, di mana kontraknya £350,000 seminggu hanya akan berakhir pada Jun 2021.
Beliau ketika ini kuat dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman untuk tempoh 18 bulan (sehingga kontrak bersama Arsenal berakhir) dengan kelab Turki, Fenerbahce.
Beliau ketika ini kuat dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman untuk tempoh 18 bulan (sehingga kontrak bersama Arsenal berakhir) dengan kelab Turki, Fenerbahce.
Ozil 'serius' tinggalkan Emirates, isteri bagi lampu hijau.: MESUT OZIL 'serius' dalam… https://t.co/Z85gM6GgZQ— MyGooners (@MyGooners1886) October 11, 2019
Pengendali Arsenal, Unai Emery sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mengapa pemain tengah itu tidak mendapat masa permainan dan seringkali ditinggalkan.
"Saya memikirkan setiap masa pemain terbaik untuk perlawanan itu, pemain terbaik dalam skuad untuk bermain dan membantu kami. Apabila saya memutuskan dia tidak berada di skuad itu, saya fikir pemain lain lebih layak," katanya menjelang pertemuan menentang Bournemouth.
"Apa yang perlu dia lakukan? Terus bekerja," tambahnya.
Bagaimanakah pengakhiran Mesut Ozil bersama Arsenal?
Bagaimanakah pengakhiran Mesut Ozil bersama Arsenal?