Berita kecederaan yang tidak mahu kita dengari ketika ini.

BARISAN pertahanan Arsenal sememangnya bermasalah dengan kegagalan untuk mengekang asakan lawan.


Bolos 11 gol dalam tujuh perlawanan bukanlah sesuatu yang baik lebih-lebih lagi barisan hadapan berjaya menjaringkan 12 gol ketika ini.

Musim Rank Pengendali P M S K J B +/- Mata
2017/18 5 Arsene Wenger 7 4 1 2 11 8 3 13
2018/19 5 Unai Emery 7 5 0 2 14 9 5 15
2019/20 4 Unai Emery 7 3 3 1 12 11 1 12

Berdasarkan jadual diatas, jelas musim pertama Emery lebih baik setelah mengharungi tujuh perlawanan pertama liga walaupun dari segi kedudukan musim ini lebih baik berbanding musim lalu.

Musim pertama, Emery mengendalikan Arsenal, beliau hanya membawa masuk dua pemain pertahanan bagi mengukuhkan skuad peninggalan Arsene Wenger.

Dan beliau berjaya membuktikan bahawa terdapat peningkatan selepas mengharungi tujuh perlawanan pertama liga.

Senarai pemain yang dibawa masuk Emery pada musim pertama bersama Arsenal.
1 Stephan Lichtsteiner DF Juventus Percuma
2 Bernd Leno GK Bayer Leverkusen £22,500,000
3 Sokratis Papastathopoulos DF Borussia Dortmund £14,400,000
4 Lucas Torreira MF Sampdoria £27,000,000
5 Matteo Guendouzi MF Lorient £7,000,000

Namun, pada musim kedua beliau bersama The Gunners, beliau telah membawa masuk tiga permain pertahanan baharu dengan seorang dipinjamkan kembali ke kelab asalnya (Saliba).

Bil Posisis Pemain Dari Yuran Perpindahan
1 LW Gabriel Martinelli Ituano £6,000,000
2 CB William Saliba Saint-Étienne £27,000,000
3 RW Nicolas Pépé Lille £72,000,000
4 LB Kieran Tierney Celtic £27,000,000
5 CB David Luiz Chelsea £7,000,000

Pun begitu, disebalik harapan mengunung peminat untuk menyaksikan barisan pertahanan Arsenal kembali 'kebal' dan tidak mengulangi permasalahan lalu, ianya bagaikan tiada peningkatan setakat ini.



Lebih malang, Saliba yang baharu dibeli terpaksa dipinjamkan kembali ke kelab asalnya bagi memenuhi perminatan Saint-Étienne bagi melepaskan pemain tersebut.

Manakala kehadiran David Luiz pula bagaikan jelmaan Mustafi dan mungkin ianya lebih teruk daripada itu.

Dan Kieran Tierney pula dibawa masuk ketika pemain itu sendiri mengalami kecederaan yang masih belum membuat sebarang penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Harapan untuk menyaksikan beliau beraksi dalam saingan liga buat pertama kalinya semenjak menyertai The Gunners bagaikan begitu hampir setelah beliau membuat penampilan dalam saingan Piala EFL - Carabao dan juga bersama skuad U23 Arsenal dalam saingan Liga Perdana 2.

Saingan Penampilan Minit beraksi
EFL Cup 1 77'
Premier League 2 1 63'
Total 19/20: 2 140'

Bagaimanapun, hasrat peminat dan penyokong Arsenal mungkin terbantut untuk melihat Tierney beraksi dalam saingan Liga Perdana Ahad ini (menentang Bournemouth) apabila dilaporkan mengalami kecederaan.

Sebelum ini,  Tierney bergelut dengan kecederaan pinggul sejak menyertai Arsenal dan pertahanan kiri itu hanya membuat penampilan selama 77 minit dalam saingan Piala Carabao.

Walaupun terdapat harapan tinggi untuk melihat pemain berusia 22 tahun itu mungkin berada dalam skuad yang menentang Manchester United pagi tadi, tetapi beliau secara 'misteri hilang' dari senarai pemain yang bertandang ke  Old Trafford.


Dan pada hari ini, The Sun Scottish melaporkan bahawa Tierney telah mengalami kecederaan dan telah dikeluarkan daripada skuad Scotland untuk aksi kelayakan EURO 2020 yang akan menentang Rusia dan San Marino.
Ini bermakna khidmat Tierney kemungkinan besar tidak akan digunakan dalam pertemuan Liga Europa menentang Standard Liège pada hari Jumaat (waktu Malaysia) dan pertemuan menentang Bournemouth pada Ahad, 6 Oktober ini.

Jika benar, mungkin beliau kembali beraksi selepas rehat antarabangsa, 12 Oktober ini.
Pun begitu, difahamkan juga bahawa keputusan pengendali Scotland, Steve Clarke menggugurkan pertahanan Arsenal itu dibuat selepas berunding dan berbincang dengan pasukan perubatan The Gunners.

Post a Comment

Previous Post Next Post