PEMAIN tengah pinjaman Arsenal, Dani Ceballos bertemu dengan presiden Real Madrid, Florentino Pérez minggu ini untuk membincangkan masa depannya di kelab itu.
Pemain tengah Sepanyol menyertai The Gunners dengan kontrak pinjaman pada jendela perpindahan musim panas dan telah menempatkan dirinya sebagai pemain kegemaran di Emirates sejak hari pertama.
Perjanjian pinjamannya tidak mengandungi klausa (pilihan) untuk Arsenal membeli dan pastinya beliau akan kembali ke Bernabeu musim panas akan datang.
Walau bagaimanapun, El Desmarque mengatakan bahawa pemain tengah tersebut 'bersedia' untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Real Madrid dan berpindah ke Arsenal secara kekal.
Ceballos dilaporkan memberitahu Madrid bahawa sekiranya Arsenal ingin menandatanganinya, maka beliau ingin kedua-dua kelab itu mencari penyelesaian.
Beliau akan memberi keutamaan kepada Arsenal berbanding pilihan lain dan telah meminta Pérez bertemu dengan pihak pengurusan The Gunners pada Januari nanti mencari jalan penyelesaian dan memudahkan urusan perpindahan sekiranya ianya benar-benar berlaku.
Although there are other suitors apart from the 'gunner' set, it seems that the Spanish international wants to close his future as soon as possible and that is why he would have asked Florentino Pérez to meet with Arsenal in the month of January.-- El Desmarque
Dan pemain tersebut 'berharap' agar kedua-dua kelab itu boleh mencapai persetujuan bersama mengenai harga yang berpatutan dalam pelepasannya walaupun Pérez mungkin keberatan.
Madrid membayar €14 juta (kira-kira 12 juta pounds) untuk menandatangani Ceballos dari Real Betis dan difahamkan mereka mahukan sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah itu untuk melepaskan (menjual) pemain itu (€42 juta - kira-kira 36 juta pounds).
Arsenal tidak mungkin bersedia untuk membayar jumlah itu, tetapi angka yang hampir dengan permintaan Madrid itu dikatakan adalah sekitar €35 juta (kira-kira 30 juta pounds), yang mana The Gunners yakin dapat memujuk ketua Real Madrid itu untuk melepaskan Ceballos.