"Bersabarlah Dengan Nicolas Pepe" - Wilfried Zaha

Wilfried Zaha telah menggesa para penyokong Arsenal untuk lebih bersabar dengan Nicolas Pepe.

Pemain sayap antarabangsa Ivory Coast tersebut dilihat bergelut untuk memberikan impak yang diharapkan untuk Arsenal selepas melengkapkan perpindahan £72 juta dari Lille pada musim panas lalu.

Rakan senegaranya, yang juga pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates dari Crystal Palace, telah memberikan sokongan kepadanya.

Dia berkata: "Saya sudah lihat di media sosial, saya lihat segalanya dan dia perlukan masa. Dia masih muda dan datang dari liga yang berlainan.

"Dan mengenai tanda harga ini, dia tidak meletakkannya sendiri. Orang lain yang meletakkan tanda harga tersebut berdasarkan prestasinya. Jadi anda perlu memberikannya masa untuk memberikan hasil tersebut. Ianya tidak akan datang begitu sahaja," sambung Zaha

Zaha memberikan keyakinan penuh kepada Pepe untuk kembali memberikan persembahan hebatnya andai diberikan masa secukupnya.

"Saya percaya dengan dia. Saya yakin dia dapat bermain seperti dulu.

"Kami berdua bermain bersama untuk Ivory Coast, saya sudah lihat bakat yang dia ada, tetapi tidak semua orang boleh melihatnya." ujar Zaha lagi.


Zaha sudah bermain empat perlawanan antarabangsa bersama Nicolas Pepe, dan mereka menang dalam kesemua perlawanan tersebut setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post