KELAB Serie A, Napoli ketika ini bergelut dengan kecederaan pemain dan itu menjadi alasan terbaik bagi mereka untuk mencari pemain baharu pada jendela perpindahan Januari ini.
Media Itali baru-baru ini mendakwa bahawa salah seorang pemain yang menjadi sasaran kelab tersebut adalah Alex Grimaldo, pertahanan kiri Benfica yang telah lama dikaitkan dengan mereka.
#Napoli in for #Benfica defender Alex Grimaldo, previously linked to #AtleticoMadrid and return to #FCBarcelona https://t.co/83gN513lzO pic.twitter.com/I337M9BM4D— footballespana (@footballespana_) October 30, 2019
Dan bermula dari laporan itu, media Portugal mula meluaskan lagi kisah pemain tersebut dengan mengaitkan Arsenal dan Tottenham Hotspur ke dalam perebutan pemain berusia 24 tahun itu.
A Bola membawa laporan mengatakan Grimaldo kembali berada dalam radar Napoli dengan menjelaskan bahawa pemain itu dinilaikan pada €40 juta di pasaran untuk jendela perpindahan Januari ini.
Kemudian mereka menambah Napoli tidak bersendirian dalam perlumbaan untuk mendapatkan Grimaldo, kerana mereka juga diikuti oleh Arsenal dan Tottenham.
![]() |
Laporan A Bola mengenai Grimaldo. |
The Gunners dan Spurs sebenarnya telah dikaitkan dengan pertahanan kiri ini pada masa lalu, namun kami tidak melihat berita ini sebagai minat yang jelas buat kedua-dua kelab Inggeris itu untuk mendapatkan Grimaldo, walaupun mereka dilaporkan telah menghantar 'scout' untuk menyaksikan perlawanan Benfica minggu lalu.