Darren Bent Gesa Eddie Nketiah Tinggalkan Leeds United Andai Situasinya Tidak Berubah

Bekas penyerang England, Darren Bent telah mendesak Eddie Nketiah untuk meninggalkan Leeds United andai dia masih tidak diberikan tempat kesebelasan utama.

Eddie semakin tidak selesa dengan peranannya sebagai pemain gantian sahaja, tidak pernah disenaraikan dalam kesebelasan utama Leeds, walau sudah menjaringkan empat gol dalam sembilan perlawanan (hanya 329 minit bermain di atas padang) dalam semua pertandingan musim ini.

Dia juga cemerlang dalam dua perlawanan antarabangsa bersama skuad bawah 21 tahun England bulan ini, menjaring empat gol termasuk jaringan hattrick ketika membenam Austria beberapa hari lepas.


Pengurus Leeds, Marcelo Bielsa sentiasa memilih Patrick Bamford sebagai penyerang utama pasukannya setakat ini, dan Darren Bent memberi nasihat kepada Eddie untuk melakukan sesuatu atau dia tidak akan berjaya di Arsenal.

"Bamford sangat bekerja keras dan itu mungkin faktor utama mengekalkannya di dalam pasukan, kerana Bielsa suka dengan pemain yang bekerja keras," katanya kepada talkSPORT.

"Dia memberi tekanan kepada pemain pertahanan, memastikan mereka tidak dapat membawa atau menghantar bola dengan mudah. Mungkin sebab tu dia dapat bermain.

"Tetapi Arsenal mungkin memantau situasi ini dan berfikir, 'kami percaya dengan pemain ini tetapi dia perlu bermain banyak perlawanan'.

"Buat masa ini, dia mempunyai tugasan yang mustahil untuk mengatasi [Pierre-Emerick] Aubameyang dan [Alexandre] Lacazette. Sangat mustahil secara virtual. Tetapi dia tidak akan mendapat peluang untuk melakukannya jika dia tidak bermain.

"Mungkin dia perlu mencari pasukan lain pada Januari nanti."

Bristol City telah dikaitkan dengan perpindahan Nketiah secara kontrak pinjaman. Dan terdapat juga spekulasi mungkin Arsenal akan memanggil semula kembali pada Januari nanti.

Bent juga mengakui dia kagum dengan apa yang telah dia lihat setakat ini pada diri pemain muda ini, sambil mencadangkan Eddie mempunyai kualiti yang tidak ada dalam sesetengah penyerang Premier League kini.

"Dia sentiasa berada di tempat yang betul di atas padang yang memberikannya peluang untuk menjaringkan gol," jelasnya.

"Orang lain akan berkata, 'Dia hanya menjaringkan gol tampanan mudah'. Tetapi apabila berada di dalam kotak, di mana dipenuhi dengan ramai pemain, dia seperti mampu untuk mencari jarak dan ruang yang betul untuk dia menolak mudah bola masuk ke dalam gawang gol.

"Anda tidak boleh mengajar perkara sebegini."

Post a Comment

Previous Post Next Post