'Jangan cuba jadi Messi" - Dani Ceballos beri amaran kepada kepada bintang Sweden, Olsson

PIHAK lawan mendakwa pemain Arsenal memberitahunya supaya tidak 'cuba menjadi Messi' namun dinafikan bintang The Gunners.



Sepanyol layak ke Euro 2020 selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Sweden pada hari Selasa.

La Roja menguasai perlawanan dengan mempunyai penguasaan sebanyak 75% dan berjaya melakukan sebanyak 736 hantaran, manakala tuan rumah hanya boleh melakukan sebanyak 248 hantaran.

Pengendali Sepanyol, Robert Moreno memulakan Fabian Ruiz dari Napoli, Thiago Alcantara dari Bayern Munich dan Rodri dari Manchester City, sementara Dani Ceballos dari Arsenal bermain di belakang dua penyerang, Oyarzabal dan Morena.


Walaupun Sepanyol menguasai kepemilikan yang lebih banyak, namun mereka terpaksa menunggu sehingga masa terakhir untuk mencari gol penyamaan.

Kristoffer Olsson merupakan salah satu pemain yang menonjol untuk Sweden pada perlawanan itu mendedahkan kepada Expressen dimana beliau telah mengakibatkan kekecewaan kepada pihak lawan, termasuklah pemain The Gunners, yang bertarung dengannya beberapa kali.

Kristoffer Olsson, penyerang Sweden
Pemain tengah Arsenal, telah dilayangkan kad kuning pada minit ke-69 kerana menjatuhkan Olsson dan kemudiannya mendakwa Ceballos telah mengeluarkan beberapa komen kepadanya semasa perlawanan itu.

"Saya cuba mengalahkannya beberapa kali, kemudian dia memberitahu saya bahawa saya tidak patut cuba menjadi Messi," Olsson dipetik sebagai berkata oleh Expressen.

Namun Ceballos sendiri mendakwa selepas perlawanan itu bahwa dia tidak pernah mengatakan perkara tersebut kepada Olsson.

"Tidak, kami baru sahaja berselisih di padang", kata Ceballos yang tidak mahu mengatakan apa yang dikatakannya.

"Saya tidak mengatakan apa-apa seperti itu tetapi ia menjadi perbualan." jelas Ceballos lagi.

Nota tambahan:



Kristoffer Olsson merupakan bekas pemain Arsenal yang bermula di Akademi The Gunners pada tahun 2011 sehingga 2013.

Beliau kemudiannya menyertai skuad utama pada musim 2013/14, namun dipinjamkan kepada FC Midtjylland pada 2 September 2014 sehingga musim berakhir sebelum melakukan perpindahan tetap di kelab tersebut.

Pada 7 Januari 2019, ia diumumkan bahawa Olsson telah menandatangani kontrak dengan FC Krasnodar dari Liga Perdana Rusia.

Rekod penampilan Olsson
Musim Pasukan Penampilan Jaringan
2013–2014 Arsenal 0 0
2014 → FC Midtjylland (pinjaman) 6 0
2015–2017 FC Midtjylland 44 2
2017–2018 AIK 58 7
2019– FC Krasnodar 17 1

Post a Comment

Previous Post Next Post