Dimitar Berbatov Meluat Dan Malu Dengan Cemuhan Perkauman Oleh Penyokong Bulgaria

Dimitar Berbatov menghentam sebilangan kecil penyokong Bulgaria yang telah membuat cemuhan perkauman kepada para pemain England pada Isnin lalu.

Beberapa orang pemain England termasuk Tyrone Mings, yang membuat debut Englandnya dalam perlawanan itu, telah mendapat ejekan daripan penyokong tuan rumah - dan perlawanan juga terpaksa dihentikan sebanyak dua kali selepas pegawai UEFA menerima laporan cemuhan itu.


Bekas pemain skuad kebangsaan Bulgaria ini percaya mereka ini seharusnya ditahan daripada datang ke mana-mana majlis sukan seumur hidup sebab mendatangkan malu kepada negara.

Ketika bercakap dengan Betfair's Football...Only Bettor podcast, dia berkata: "Ada manusia yang kurang baik di setiap negara, dan kes ini terdapat di stadium kami ketika menentang England.

"Ada segelintir orang yang hanya datang untuk melakukan provokasi, mereka tidak layak untuk datang dan menonton perlawanan bolasepak, dan bagi saya..mereka perlu dihukum larangan seumur hidup, bukan hanya bolasepak tetapi semua jenis sukan.

"Saya harap kerajaan kami melakukan kerja mereka dan menghukum mereka!

Berbatov meluahkan perasaannya selepas perletakan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Bulgaria, Borislav Mihaylov, dan reaksi yang sungguh beremosi daripada pemain legenda Hristo Stoichkov di televisyen selepas ditanyakan mengenai insiden tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh The Times, beberapa penonton di Stadium Vasil Levski melaporkan melihat lebih kurang 20 steward dan kakitangan stadium membuka bib kerja mereka sebelum mencemuh dan mengejek pemain England yang berkulit gelap dari tempat duduk penonton.

Berbatov, yang menjaringkan 48 gol dalam 78 penampilan di peringkat antarabangsa, mengakui bolasepak sudah menjadi kerisauan kedua di negaranya walau telah dibelasah 6-0 oleh England dalam perlawanan kumpulan A kelayakan EURO2020.

"Kami hanya bercakap mengenai insiden perkauman dan bukan bolasepak disebabkan oleh mereka," tambahnya.

"Saya sangat malu kenapa mereka boleh melakukan perkara sebegini. Ia juga satu masalah di England, Itali dan di seluruh dunia. Mereka ini sepatutnya kena hukuman larangan datang ke stadiu seumur hidup!

"Kami perlu bekerjasama untuk melawan perkara ini kerana ianya sesuatu yang tidak boleh diterima.

Namun Berbatov juga menekankan bahawa aksi jijik sesetengah individu ini tidak sepatutnya digunakan sebagai label kepercayaan rakyat di negaranya.

"Saya tidak boleh menerima kritikan yang diterima oleh seluruh warga Bulgaria. Sikap 50 orang tidak menunjukkan sikap satu negara, kami tidak bersifat perkauman. 

"Saya bangga menjadi warga Bulgaria dan saya tahu kita sedang mengendalikan masalah ini secepat mungkin. 

"Saya berharap setiap negara di seluruh dunia melawan masalah ini, kita bersama dalam hal ini, jangan berpecah!"

Post a Comment

Previous Post Next Post