DoF (Director of Football) menyifatkan Arsenal sebagai 'kelab perintis' dan menjelaskan masalah bolasepak kini adalah segala-galanya berdasarkan keputusan.
Arsenal pada era 90-an dan awal tahun 2000 di bawah Arsene Wenger dilihat sebuah pasukan yang mampu mencabar kejuaraan selain menamatkan penguasaan (dominasi) Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Dan penyokong Arsenal melihat perubahan dalam hala tuju dan cita-cita kelab menjelang tempoh akhir pengendali tersohor itu di Emirates.
Dan penyokong Arsenal melihat perubahan dalam hala tuju dan cita-cita kelab menjelang tempoh akhir pengendali tersohor itu di Emirates.
Trofi digantikan dengan cita-cita untuk menamatkan saingan dikalangan empat teratas dan melihat Leicester City menjuarai liga pada musim 2015-16, merupakan titik permulaan bagi pengakhiran pengurus legenda yang lama berkhidmat di Utara London.
Wenger akhirnya meninggalkan Arsenal pada akhir musim 2017/18 untuk digantikan dengan Unai Emery, yang menyaksikan struktur baru yang dilaksanakan di kelab, termasuklah idea Pengarah Bolasepak (Director of Football).
Pencarian kemudiannya bermula, di mana beberapa nama telah dikaitkan dengan jawatan tersebut (DoF), termasuk Monchi, yang ketika itu masih berada di Roma dan terdapat ura-ura mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan kelab Itali itu.
Akhirnya, Mochi kembali ke Sepanyol dengan menyertai bekas kelabnya sebelum ini, Sevilla, di mana beliau 'berkhidmat' untuk segala urusan yang disifatkan sebagai dibelakang tabir.
Pun begitu, ianya tidak bermakna beliau tidak menghormati Arsenal dan apa yang telah The Gunners lakukan selama bertahun-tahun.
Pun begitu, ianya tidak bermakna beliau tidak menghormati Arsenal dan apa yang telah The Gunners lakukan selama bertahun-tahun.
Bercakap dalam satu wawancara dengan El Confidencial, Pengarah Bolasepak Sevilla itu memberikan pandangannya mengenai tahun-tahun terakhir Wenger di Arsenal, yang mana ianya menggambarkan sebagai yang terbaik memandangkan belanjawan terhad yang dimiliki oleh bekas pengendali The Gunners itu.
Mochi mengagumi usaha yang dilakukan Wenger bersama Arsenal. |
Beliau berkata: "Sudah tentu, masalah bolasepak adalah segala-galanya berdasarkan keputusan, tetapi ada projek yang menyatukan masa depan mereka sekarang dengan dasar penjualan yang baik, pengekalan bakat muda, akademi ... dan terkadang hanya mendapat perhatian ketika mereka memperoleh hasil [keputusan], tetapi tidak dihargai pada masa itu.
"Contoh Arsenal adalah sangat baik. Mereka adalah kelab perintis yang melabur dalam data, membeli 'app' [applikasi] mereka sendiri lima atau enam tahun lalu dan membangunkannya ".
Temubual Mochi bersama El Confidencial itu juga banyak berkisarkan tentang data - big data dalam melakukan urusan pembelian dan juga penjualan pemain.
Temubual Mochi bersama El Confidencial itu juga banyak berkisarkan tentang data - big data dalam melakukan urusan pembelian dan juga penjualan pemain.