PENGENDALI ARSENAL, Unai Emery kecewa selepas dia ditekan mengenai masa depan Mesut Ozil di Arsenal berikutan keputusannya meninggalkan pemain itu ketika berdepan Vitoria SC.
Ozil setakat ini hanya beraksi dua perlawanan untuk The Gunners musim ini, masing-masing ketika menentang Watford dan Nottingham Forest di Liga Perdana dan Piala EFL.
Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu belum beraksi dalam saingan Liga Europa setakat ini, mahupun tersenarai dalam skuad dengan Emery terus 'melenyapkannya' dari skuad utama The Gunners.
Kesebelasan dan pemain simpanan Arsenal menentang Vitoria, pagi tadi. |
Tetapi apabila diminta mengulas mengenai masa depan Ozil berikutan kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Vitoria pada malam tadi, Emery dengan pantas menafikan soalan itu.
"Saya fikir malam ini bukan masa untuk bercakap tentang itu," kata Emery pada sidang akhbar.
"Saya lebih suka bercakap tentang perlawanan dan mengenai pemain yang bermain.
"Dia tidak berada dalam skuad dan itulah keputusan dan kami akan bekerja untuk hari Ahad [melawan Crystal Palace]."
Nicolas Pepe, pemain yang dilabelkan media Napoli sebagai Super-Flop, akhirnya berjaya membuatkan mereka (media Napoli) tertunduk malu dengan dua gol dijaringkannya untuk membantu Arsenal memperolehi tiga mata beharga malam tadi.
'Super-flop' - media Napoli sifatkan kegagalan usaha ekonomi Arsenal.: NICOLAS PEPE menjadi… https://t.co/OL5znBK9A2— MyGooners (@MyGooners1886) October 24, 2019
Dan Emery percaya bahawa Arsenal tidak lama lagi akan melihat pemain termahal dalam sejarah kelab akan menghasilkan pulangan berbaloi dan menegaskan bahawa sesorang pemain itu mengambil masa (lambat) untuk menyesuaikan diri dalam bolasepak Inggeris.
"Biasanya setiap pemain baru memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan Pepe adalah pemain yang sangat baik, kami percaya kepadanya sepenuhnya," kata Emery.
"Juga apa yang dia lakukan kadang-kadang berasa lebih baik, kadang-kadang lebih sukar bergantung pada lawan. Tetapi dia bertambah baik, malam ini dua gol yang sangat penting bagi kami dan untuknya.
"Dia meneruskan proses penyesuaiannya dan lebih cepat dia melakukannya, lebih baik untuk kami. Kami sangat gembira kerana dua golnya sangat sempurna.
"Dia telah mencuba banyak set-piece ketika berlatih minggu ini dan saya menjangkakan dia akan melakukan percubaan kerana saya positif mempunyai keadaan seperti itu.
"Saya fikir perkara yang paling penting adalah tiga mata dan bagaimana sesetengah individu boleh memperbaiki dan menjadi lebih yakin."
Kemenangan Arsenal menjadikan mereka kini berada di kedudukan teratas Kumpulan F dengan mata maksimum dari tiga perlawanan yang telah dimainkan.
Dan akan menentang Crystal Palace pada 28 ini di laman sendiri jam 12.30 malam, waktu Malaysia.
Dan akan menentang Crystal Palace pada 28 ini di laman sendiri jam 12.30 malam, waktu Malaysia.
Sorotan perlawanan pagi tadi - Arsenal 3-2 Vitoria