'Super-flop' - media Napoli sifatkan kegagalan usaha ekonomi Arsenal.

NICOLAS PEPE menjadi salah satu subjek perpindahan yang paling membosankan sepanjang jendela perpindahan musim panas.

Selama berbulan-bulan, ejen pemain itu telah menolak dakwaan dan cerita kepada pelbagai saluran media di seluruh Eropah, yang mendakwa minat dan tawaran dilakukan kepada pemain itu dari pelbagai kelab.

Kemudian, menjelang akhir bulan Julai, wakil pemain Lille itu dilihat memasuki pejabat Napoli dan perpindahan ke kelab Itali kelihatan begitu hampir dipersetujui.
Arsenal bertembung dan sebagai cerita, The Gunners dikatakan telah menawarkan gaji yang lebih banyak dan komisen yang lebih baik untuk ejen pemain itu.
Secara kasarnya, terdapat parut dan hati yang terluka di Naples mengenai perpindahan Pepe ini.

Pepe ketika ini dilihat gagal bermula dengan baik di Emirates dan dengan jumlah yang dikeluarkan Arsenal untuk mendaptkan pemain itu, media Napoli muncul 'membakar' cara dan tindakan The Gunners mendapatkan pemain itu.

Bagaikan melepas geram dan dendam, TuttoNapoli 'menyerang' Arsenal dan Pepe serta memanggilnya 'Super-Flop'.

Mereka menyatakan Napoli bagaikan 'sebelah kaki' sudah memiliki Pepe dan kemudian datang kelab London 'memberikan kontrak mewah' dan ditambah pula dengan tarikan bermain di Liga Perdana,  mereka merampas pemain itu.

TuttoNapoli mengatakan persembahannya tidak pernah meyakinkan selain tenggelam dalam perlawanan menentang Tottenham dan kerana itu, Pepe adalah tidak setimpal dan tidak berbaloi dengan 'usaha ekonomi London'.

Dan menjadi tugas penting buat Emery dan Pepe untuk 'mengertawakan' media Napoli itu dengan mempamerkan sesuatu yang menarik dan berbaloi.

Bukan senang kita nak dapatkan pemain mahal, dah dapat kene kutuk pulak... Hawau Napoli ni!

Post a Comment

Previous Post Next Post