Emery memahami kekecewaan yang dirasai peminat dan penyokong, mahu tampil lebih garang selepas ini.

PENGENDALI Arsenal, Unai Emery akui peminat kecewa dan memahami perasaan mereka, komitmen beliau selepas ini adalah untuk tampil lebih menyerang selain mengukuhkan pertahanan.



Unai Emery terima kritikan yang dilontarkan peminat terhadapnya ketika ini tetapi menegaskan bahawa ciri-ciri dan karakter Arsenal sebagai tidak tetap serta tidak menonjol adalah tidak tepat.

The Gunners tewas 1-0 kepada Sheffield United pada hari Selasa pagi (waktu Malaysia) dan meranapkan peluang untuk berada ditangga ke-3 Liga Perdana Inggeris.

Sebelum mengalami kekalahan tersebut, Arsenal terlebih dahulu memenangi perlawanan ke atas Bournemouth, 1-0 sebelum rehat antarabangsa.

Walaupun mencatatkan kemenangan ke atas Bournemouth, namun prestasi The Gunners jelas sekali tidak menyakinkan dan tidak memberangsangkan bagi sebuah pasukan yang mempunyai status tinggi dan besar.

Kehadiran pemain termahal dalam rekod pembelian Arsenal, Nicolas Pepe masih gagal memberikan rangsangan pada jentera serangan The Gunners setakat ini.

Arsenal ketika ini berada dalam kelompok tujuh kelab teratas dalam liga dan merupakan pasukan kedua paling sedikit menjaringkan gol, selepas Crystal Palace (dalam senarai tujuh kelab teratas liga).

Dan juga merupakan pasukan ketiga dikalangan tujuh pasukan teratas yang banyak melepaskan gol (bolos).

Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts
1 Liverpool 9 8 1 0 21 7 +14 25
2 Manchester City 9 6 1 2 29 9 +20 19
3 Leicester City 9 5 2 2 16 8 +8 17
4 Chelsea 9 5 2 2 19 14 +5 17
5 Arsenal 9 4 3 2 13 12 +1 15
6 Crystal Palace 9 4 2 3 8 10 −2 14
7 Tottenham Hotspur 9 3 3 3 15 13 +2 12

Pertemuan di laman sendiri awal pagi esok (waktu Malaysia - 3 pagi) dalam saingan Liga Europa menentang Vitoria SC, memberikan peluang kepada Unai Emery untuk meneliti dan tampil dengan corak Arsenal yang sebenarnya, ataupun sekurang-kurangnya mampu meringankan kritikan yang dilontarkan terhadapnya buat seketika.
Bercakap kepada wartawan dalam sidang media dan dilaporkan dilaman rasmi Arsenal, Unai Emery mengakui kritikan terhadapnya dan mahu tampil dengan corak menyerang selain mengukuhkan pertahanan The Gunners dalam perlawanan seterusnya.

"Dalam karier saya, ia adalah normal untuk menerima kritikan mengenai kerja kami dalam situasi sukar, tugas saya, pasukan kami, pemain," kata Emery.

"Di satu pihak, kami mempunyai penyokong dan pendapat mereka, dan kami perlu menerimanya.

"Fokus saya adalah untuk bermain dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya, melihat bagaimana kami boleh memperbaiki lagi.

"Juga, bagaimana kita boleh, sedikit demi sedikit maju kedepan, melangkah dengan cara itu, maju dan mencapai sasaran jangka pendek kami. Iaitu memenangi esok [Khamis].

"Kami berada di awal musim dan kami telah memenangi dua perlawanan, bermain sangat baik dalam pertandingan ini, dengan keputusan yang sangat baik.

"Kami kehilangan peluang besar dalam Liga Perdana pada hari Isnin untuk berada di tangga ketiga. Kami sekarang kelima, jadi kami mempunyai peluang lain pada hari Ahad [di laman sendiri menentang Palace].

"Kami tahu kami boleh memperbaiki dan kami perlu memperbaiki, jadi kami perlu lebih baik dengan cara kami.

"Perkara yang paling penting ialah pasukan dan kelab, juga sasaran kami sangat jelas. Kita masih di awal musim dan saya sangat yakin.

"Saya percaya pada pemain, dalam kerja kami, strategi kelab, dengan setiap pemain dan dalam perjalanan dengan tugas kami."

Rob Holding menyertai Emery pada sidang media pra-perlawanan, satu tanda dia akan kembali dalam kesebelasan permulaan The Gunners selepas hanya berada di bangku simpanan di Bramall Lane bersama Kieran Tierney.

Hector Bellerin tidak disenaraikan Emery ketika berkunjung ke Bramall Mall namun pengendali Arsenal itu mengalihkan fokusnya daripada berbicara mengenai individu kerana beliau menekankan komitmen untuk membangunkan bahagian serangan Arsenal.

Senarai pemain yang dibawa Emery ke Bramall Lane menentang Sheffield United.
"Saya tidak mahu mencapai prestasi terbaik hanya dengan satu sistem atau dengan empat pemain yang sama," katanya.

"Di Liga Europa kami menggunakan pemain yang berbeza dan mereka juga meningkatkan bahagian pertahanan kami. Ia untuk semua pemain.

"Di atas semua, saya mahu terus menjadi pasukan yang menyerang, tetapi memperbaiki pertahanan. Mentaliti kita akan menyerang (offensive).

"Saya akan dapatkan keseimbangan itu sedikit demi sedikit"

Post a Comment

Previous Post Next Post