'Tiada yang lebih menyelerakan' pertarungan pemain menentang Arsenal yang baru beberapa bulan meninggalkan Tottenham.

PERTEMUAN Vitoria Guimaraes dengan Arsenal mungkin merupakan perlawanan terbesar kelab Portugal itu musim ini, jadi tidak hairanlah media negara itu mula menghangatkannya minggu ini.

Untuk memulakannya, akhbar A Bola membawa cerita mengenai Marcus Edwards, yang menghabiskan lebih dari satu dekad di peringkat remaja bersama Tottenham Hotspur.

Laporan A Bola pada 21 Oktober.
Mereka mengatakan bahawa perlawanan pagi esok (menentang Arsenal) sebagai satu perlawanan istimewa buat pemain itu kerana setakat ini, Edwards masih gagal mempamerkan aksi memberangsangkan bersama kelab tersebut.

Dan menentang Arsenal, sudah pasti pemain itu mempunyai dorongan tambahan untuk beraksi cemerlang.

Marcus Edwards, 20 tahun menyertai Vitoria dari Tottenham pada 2 September 2019.
Mereka turut mengambil semua gol yang dijaringkan Edwards untuk Spurs ketika menentang The Gunners di pelbagai peringkat dan berkata perlawanan nanti 'tiada yang lebih menyelerakan' baginya.

Setelah tiba di Vitoria pada musim panas lepas, Edwards hanya membuat tiga penampilan untuk kelab itu dan masih mempunyai peluang untuk membuktikan prestasi meyakinkan terhadap kelab itu sejak perpindahannya dari Tottenham.

Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Europa League 1 - - 90
Liga NOS 1 - - 34
Allianz Cup 1 - - 18

Walaupun semangat yang berkobar-kobar dari pemain sayap untuk perlawanan ini, namun Vitoria  akan berdepan Arsenal dalam waktu sukar mereka ketika ini, dimana pasukan Portugal itu kehilangan dua tonggak utama ekoran kecederaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post