Fakta-fakta menarik mengenai perlawanan Arsenal menentang Vitoria.

ARSENAL menerima kunjungan kelab Portugal, Vitoria Guimaraes pagi esok, jam 3 pagi waktu Malaysia.



Skuad Vitoria kehilangan dua tonggak utama mereka selepas mengalami kecederaan dan tersingkir dalam saingan Piala Portugal hujung minggu lalu.

Arsenal pula mengalami kekalahan mengejut 1-0 kepada pasukan yang baru menyertai Liga Perdana Inggeris musim ini, Sheffield United dua hari lalu.


Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai perlawanan pagi esok.

➦ Arsenal tidak pernah kalah dalam lima pertemuan terakhir dilaman sendiri menentang kelab Portugal (M4 S1), menjaringkan 17 gol dan tidak melepaskan sebarang gol.

➦ Vitoria menghadapi Arsenal buat pertama kalinya dan berdepan lawan dari Liga Inggeris buat kali pertama sejak pusingan pertama Piala UEFA 2008-09, di mana mereka disingkirkan oleh Portsmouth (2-4 agregat).

➦ Tidak termasuk peringkat kelayakan, Arsenal kini memenangi enam perlawanan terakhir di laman sendiri paling lama dalam pertandingan Eropah sejak The Gunners memenangi tujuh perlawanan Liga Juara-Juara secara berturut-turut di Highbury antara bulan Mac 2001 dan Februari 2002.

➦ Vitoria kekal tanpa kemenangan dalam tujuh perlawanan mereka di Liga Europa (S2 K5).

➦ Malah, tidak termasuk kelayakan, mereka kali terakhir meraih kemenangan dalam mana-mana kejohanan Eropah adalah pada September 2005 di Wisla Krakow pada pusingan pertama Piala UEFA.

➦ Hanya pemain Slovan Bratislava, Andraz Sporar (4) terlibat secara langsung dalam lebih banyak gol di Liga Europa musim ini berbanding pemain Arsenal, Gabriel Martinelli yang menjaringkan gol dua gol dan satu bantuan gol dalam debutnya di Eropah untuk The Gunners.

Post a Comment

Previous Post Next Post