Emery meneruskan revolusi pemain muda Arsenal dengan usaha menandatangani pemain berusia 16 tahun.

ARSENAL sememangnya terkenal dengan bakat-bakat muda dan sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk menyinar.



Dalam perkembangan terkini, Unai Emery dilaporkan berminat untuk menambah senarai pemain muda berbakat bersama Arsenal dengan membawa pemain muda Scunthorpe United, Joey Dawson, menurut satu laporan.

Emery tidak dapat disangkal lagi telah memberi kepercayaan kepada pemain muda pada musim ini, dengan Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Joe Willock telah membuat penampilan bersama skuad utama The Gunners.

Menurut The Sun, Emery berhasrat untuk menandatangani Dawson, 16 tahun yang merupakan anak saudara bekas pemain tengah Tottenham, Michael Dawson dan anak bekas pemain pertahanan Scunthorpe, Andy.

Joey Dawson, 16 tahun.
Pemain muda itu membuat penampilan sulungnya untuk Scunthorpe dalam kekalahan 1-0 kelab itu kepada Derby County dalam Piala EFL pada bulan Ogos lalu.

Dan akhbar The Sun itu mengatakan bahawa Emery mahu menambah pemain lain yang menarik dan berbakat ke dalam barisan pemain muda Arsenal, walaupun sudah memiliki beberapa pemain muda berbakat di Emirates.

Dasar bolasepak Arsenal yang sebelum ini diamalkan Arsene Wenger diteruskan Emery dengan memberi peluang kepada beberapa pemain muda untuk beraksi musim ini seperti Saka dan pemain muda Arsenal itu membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan menjaringkan satu gol dan mencipta dua bantuan gol dalam saingan Liga Europa.

Rekod penampilan Saka setakat ini
Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 3 - 1 208'
Europa League 1 1 2 90'
EFL Cup 1 - - 45'
Premier League 2 1 - - 64'

Malah Saka turut mencipta satu bantuan gol dalam saingan tiga penampilan Liga Perdana yang telah dibuatnya setakat ini.

Begitu juga dengan persembahan yang mengagumkan dipamer oleh Martinelli, dimana dia telah menjaringkan dua gol dalam Piala EFL ketika menentang Nottingham Forest dan dua gol dalam saingan Liga Europa ditambah dengan satu bantuan gol.

Selain itu, beliau turut diberikan pendedahan dengan beraksi didalam saingan Liga Perdana sebanyak dua kali walaupun minit permainan yang terhad.

Rekod penampilan Martinelli setakat ini
Saingan 2019/20 Penampilan Jaringan Bantuan Minit Beraksi
Premier League 2 - - 33'
Europa League 1 2 1 90'
EFL Cup 1 2 - 90'

Sementara itu, Paul Merson telah mempersoalkan keputusan Emery yang tidak memberikan Mesut Ozil lebih banyak peluang beraksi dengan mengatakan bahawa pemain kelahiran Jerman itu mampu membantu The Gunners mendapatkan mata penting dalam saingan Liga Perdana, untuk perlawanan seterusnya Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post