Dani Ceballos tegaskan bahawa matlamat beliau adalah untuk berjaya di Real Madrid.

PEMAIN pinjaman Arsenal dari Real Madrid terus bermain dengan emosi peminat dan penyokong The Gunners apabila menjelaskan bahawa dia mahu berjaya bersama kelab Sepanyol itu.



Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat laporan yang agak mengelirukan daripada media Inggeris mengenai kata-kata yang diluahkan Ceballos mengenai pemain itu gembira dengan  langkah perpindahan keluar dari Real Madrid.

Dan kami juga mengulas mengenai hal tersebut pada laporan : Dani Ceballos tidak menyesal tinggalkan Real Madrid.

Pemain tengah itu telah menjelaskan kepada Radio Marca bahawa dia merujuk kepada keinginannya untuk masa (peluang) bermain dan bukannya gembira meninggalkan Real Madrid.

"Kata-kata saya disalah erti. Apabila saya tidak bermain, saya tidak menikmatinya, "kata Ceballos.

"Ia adalah baik untuk keluar secara pinjaman. Dengan keyakinan [Unai] Emery, saya mungkin berpeluang pergi ke Euro.

"Saya tidak pernah terfikir untuk  berpindah secara kekal. Matlamat saya adalah untuk berjaya di Real Madrid. Saya akan berjuang untuk memenuhi impian saya. "

Situasi yang dihadapi Ceballos itu sangat rumit memandangkan beliau adalah pemain pinjaman dan tersepit antara dua kelab yang diwakilinya.

Secara diplomatik dan penuh politik, Ceballos terpaksa menjaga hati majikannya (Real Madrid) dan juga hati peminat serta penyokong mereka.

Namun dalam masa yang sama, beliau juga terpaksa menjaga hati dan perasaan peminat serta penyokong termasuklah majikan sementaranya, Arsenal.

Ceballos terpaksa menunjukkan keperihatinan kepada kedua-dua kelab, kepada kedua-dua penyokong dengan gambaran bahawa beliau bekerja keras untuk kedua-dua pihak dan mahu berjaya untuk kedua-dua pihak.

Bayangkan apa reaksi penyokong Arsenal apabila dia mengatakan bahawa beliau  terpaksa bermain untuk The Gunners kerana dipinjamkan majikannya dan ingin segera pulang ke Madrid?

Adakah penyokong Arsenal mampu menerimanya?

Seorang pemain yang tidak ada keinginan untuk bersama Arsenal bermain dengan cemerlang kemudian meninggalkan kelab musim depan.

Sudah tentu dia menjadi kecaman daripada sebahagian peminat The Gunners dan sudah tentu juga situasi dirinya juga tidak selesa untuk menerima kecaman daripada peminat dan penyokong.

Dan sekiranya beliau mengatakan dan menegaskan bahawa beliau gembira bersama Arsenal, bagaimana pula reaksi penyokong Real Madrid?

Serta bagaimana hubungan dia dengan majikannya?

Ceballos mungkin tidak tahu apa yang akan terjadi kepadanya musim depan walaupun mempunyai kontrak bersama kelab Sepanyol itu sehingga 2023.

Dan sebelum ini pun terdapat laporan yang mengatakan bahawa beliau tidak berhasrat untuk berpindah secara kekal ke Arsenal malah sanggup berjuang untuk kembali merebut tempat bersama Real Madrid selepas tempoh pinjaman.

Serta peminat dan penyokong Arsenal juga sedar mengenai perkara tersebut yang mana tiada klausa dalam kontrak pinjaman pemain ini membolehkah The Gunners membelinya.

Dia juga tidak tahu sama ada Arsenal benar-benar berminat untuk mendapatkannya secara tetap musim depan.

Mungkin sekiranya Arsenal masih dikendalikan Emery situasi musim depan akan berubah untuknya.

Pun begitu, adakah Real Madrid rela melepaskan sekiranya Arsenal benar-benar bersungguh untuk mendapatkannya?

Nilai pasaran ataupu nilai perpindahan Ceballo melonjak naik semenjak menyertai Arsenal dengan nilai terkini mencecah 45 juta euro berbanding hanya 30 juta euro ketika bersama Real Madrid (nilai pada Jun 2019).

Jadi apa yang mampu dilakukannya... terpaksalah menjaga hati majikannya kerana sudah pasti dia terikat untuk tempoh dua tahun lagi bersama Real Madrid selepas berakhinya musim ini.

Pun begitu, adalah lebih baik buat dirinya untuk mengimbangi situasi ini dengan menjaga hati kedua-dua pihak (Real Madrid dan Arsenal).

Lupakan dahulu soal perpindahan pemain ini untuk seketika.

Apa yang penting, Arsenal menjadi kuat dan berdaya saing musim ini, serta layak beraksi dalam saingan elit eropah - Liga Juara-Juara musim depan.

Tidak ramai pemain ternama dan handalan dunia mahu bermain bersama kelab yang tidak layak beraksi dalam saingan tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post