Mesut Ozil 'up' kan status 'misteri' selepas perbincangan dengan Unai Emery.

RAJA 'Assist' Arsenal, Mesut Ozil memuat naik status penuh misteri selepas perbincangan panjang bersama Unai Emery di padang latihan.



Mesut Ozil tidak lagi menjadi keutamaan Unai Emery musim ini selepas gagal untuk membuat hampir kesemua perlawanan liga setakat ini.

Bagaimanapun, beliau masih mendapat sokongan sebahagian peminat dan merindui untuk melihat aksinya dipadang, pada perlawanan sebenar.

Walaupun Ozil tidak lagi begitu aktif pada laman sosial Facebook, namun status terkini beliau pada laman sosial Twitter mengundang persoalan dikalangan peminat dan penyokong Arsenal.

Ozil masih dirindui.
Status tersebut di muat naik Ozil selepas menjalani latihan dimana beliau dilihat mengadakan perbincangan 'serius' bersama Unai Emery.

Perbincangan....

Status itu mencetuskan spekulasi mengenai 'peperangan' diantara pemain perancang tersebut dengan pengendali pasukan selepas beberapa kali dilaporkan bahawa Ozil tidak lagi diperlukan di Emirates sebelum Unai membuat 'u-turn' mengakui masih memerlukan khidmat pemain itu.

Status terkini Ozil di laman Twitter itu menjadi tanda tanya mengenai apa yang cuba disampaikan pemain tersohor itu.

Pun begitu, peminat merasakan bahawa ianya ditujukan kepada Unai Emery.
Komen sebahagian peminat dan penyokong:


Bagaimana pula anda?

Adakah anda merasai bahawa Ozil menujukan status tersebut kepada Unai Emery?

Post a Comment

Previous Post Next Post