PERTEMBUNGAN malam ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan Arsenal berkunjung ke Bramall Lane, menentang Sheffield United.



Jika dibandingkan usia penubuhan kelab, Sheffield United hanya muda tiga tahun daripada Arsenal namun kelab itu tidak pernah menukar venue mereka (stadium) semenjak penubuhan mereka pada tahun 1889.

Manakala nama kelab juga dikekalkan tanpa mengalami sebarang pembaharuan berbanding Arsenal yang bermula dengan nama ataupun dikenali dengan Royal Arsenal (tahun 1886 dengan mengambil nama sempena Kompleks Royal Arsenal).

Royal Arsenal Gatehouse (Beresford Gate) pada tahun 2007.
Jika Arsenal diwujudkan daripada pekerja-pekerja kilang pembuatan senjata dan dikenali dengan gelaran The Gunners, Sheffield United pula diasaskan daripada pemain kriket dan dikenali dengan gelaran The Blades, yang merujuk kepada status Sheffield sebagai penghasil utama alat kulinari (sudu dan garfu) di United Kingdom.

Dan malam ini, jam 3 pagi waktu Malaysia, kedua-dua pasukan bakal bertemu untuk kali yang ke-114  sepanjang kewujudan mereka (berdasarkan sumber 11vs11).

Berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai perlawanan malam ini (pagi esok):



➤ Sheffield United tidak pernah mengalami kekalahan dalam empat perlawanan terakhir menentang Arsenal (W1 D3) bagi perlawanan tertinggi (kecuali Piala Liga) dilaman sendiri sejak kalah 0-2 pada April 1991.

Rekod pertemuan Sheffield United menentang Arsenal
Date Match Result Score Competition
06 Apr 1991 Sheffield United v Arsenal L 0-2 League Division One
21 Sep 1991 Arsenal v Sheffield United L 5-2 League Division One
18 Apr 1992 Sheffield United v Arsenal D 1-1 League Division One
19 Sep 1992 Sheffield United v Arsenal D 1-1 Premier League
09 Jan 1993 Arsenal v Sheffield United D 1-1 Premier League
29 Dec 1993 Arsenal v Sheffield United L 3-0 Premier League
04 Apr 1994 Sheffield United v Arsenal D 1-1 Premier League
06 Jan 1996 Arsenal v Sheffield United D 1-1 FA Cup
17 Jan 1996 Sheffield United v Arsenal W 1-0 FA Cup
23 Feb 1999 Arsenal v Sheffield United L 2-1 FA Cup
13 Apr 2003 Arsenal v Sheffield United L 1-0 FA Cup
19 Feb 2005 Arsenal v Sheffield United D 1-1 FA Cup
01 Mar 2005 Sheffield United v Arsenal L 0-0 FA Cup
23 Sep 2006 Arsenal v Sheffield United L 3-0 Premier League
30 Dec 2006 Sheffield United v Arsenal W 1-0 Premier League
31 Oct 2007 Sheffield United v Arsenal L 0-3 League Cup
23 Sep 2008 Arsenal v Sheffield United L 6-0 League Cup
21 Oct 2019 Sheffield United v Arsenal Premier League

*Nota - perlawanan Piala Liga (League Cup) tidak dianggap perlawanan besar 🙈

➤ Walau bagaimanapun, ini adalah pertemuan pertama mereka sejak Disember 2006 bagi saingan Liga Perdana dan Arsenal tidak pernah menang di Bramall Lane semenjak Liga Perdana di perkenalkan (3 perlawanan- S2 K1).

19 Sep 1992 Sheffield United v Arsenal D 1-1 Premier League
09 Jan 1993 Arsenal v Sheffield United D 1-1 Premier League
29 Dec 1993 Arsenal v Sheffield United L 3-0 Premier League
04 Apr 1994 Sheffield United v Arsenal D 1-1 Premier League
23 Sep 2006 Arsenal v Sheffield United L 3-0 Premier League
30 Dec 2006 Sheffield United v Arsenal W 1-0 Premier League

➤ Arsenal telah memenangi tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka di Yorkshire - yang paling lama dimenangi oleh pasukan pelawat dalam sejarah tertinggi Liga Inggeris.

Peta kedudukan Yorkshire di UK.
Kelab Bolasepak di Yorkshire

Bil Kelab
1 Sheffield United
2 Barnsley
3 Huddersfield Town
4 Hull City
5 Leeds United
6 Middlesbrough
7 Sheffield Wednesday
8 Doncaster Rovers
9 Rotherham United
10 Bradford City
11 F.C. Halifax Town
12 Harrogate Town
13 Bradford Park Avenue
14 Guiseley
15 York City
16 North Ferriby United
17 Farsley Celtic
18 Whitby Town
19 Brighouse Town
20 Goole
21 Ossett United
22 Scarborough Athletic
23 Tadcaster Albion
24 Frickley Athletic
25 Sheffield F.C.
26 Stocksbridge Park Steels



➤  Sheffield United telah mengalami tiga kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dilaman sendiri .

Rekod Sheffield United musim ini (2019/20) setakat ini
1 Bournemouth 1–1 Sheffield United
2 Sheffield United 1–0 Crystal Palace
3 Sheffield United 1–2 Leicester City
4 Chelsea 2–2 Sheffield United
5 Sheffield United 0–1 Southampton
6 Everton 0–2 Sheffield United
7 Sheffield United 0–1 Liverpool
8 Watford 0–0 Sheffield United
9 Sheffield United v Arsenal

➤ Mereka (Sheffield United) kalah empat perlawanan berturut-turut di laman sendiri dalam saingan liga pada April 1965.

➤ Arsenal tidak menang dalam tiga perlawanan liga mereka ditempat lawan sejak mengalahkan Newcastle pada minggu pembukaan liga (S2 K1).

Rekod Arsenal setakat ini (musim ini)
Bil Lawan Lokasi
1 Newcastle United 0–1 Arsenal Newcastle upon Tyne
2 Arsenal 2–1 Burnley Holloway, London
3 Liverpool 3–1 Arsenal Liverpool
4 Arsenal 2–2 Tottenham Hotspur Holloway, London
5 Watford 2–2 Arsenal Watford
6 Arsenal 3–2 Aston Villa Holloway, London
7 Manchester United 1–1 Arsenal Manchester
8 Arsenal 1–0 Bournemouth Holloway, London
9 Sheffield United v Arsenal Sheffield

➤ Di bawah Unai Emery, The Gunners hanya mencatatatkan dua perlawanan tanpa bolos ditempat lawan dalam 23 perlawanan Liga Perdana (1-0 di Watford dan 1-0 di Newcastle).


➤ Arsenal tewas hanya satu daripada 11 perlawanan terakhir Liga Perdana mereka pada hari Isnin (M8 S2),  kalah 0-3 kepada Crystal Palace pada April 2017.

➤ Sheffield United tidak pernah kalah dalam perlawanan liga yang diadakan pada hari Isnin sejak Januari 2012 (kalah 2-3 menentang Carlisle), memenangi enam dan seri enam, sejak itu.

➤ Ini adalah perlawanan pertama mereka pada hari Isnin sejak Januari 2007 (1-3 vs Middlesbrough).

➤ Sheffield United menjaringkan hanya satu gol sebelum separuh masa bagi saingan Liga Perdana musim ini, paling sedikit berbanding pasukan lain.

➤ Semua tujuh gol mereka juga telah dijaringkan oleh pemain yang berbeza, termasuk meraih dua gol sendiri.


➤ Pierre-Emerick Aubameyang telah menjaringkan 49 gol dalam 75 perlawanan untuk Arsenal dalam saingan Liga Perdana - sekiranya berjaya menjaringkan gol malam ini, beliau akan menjadi pemain terpantas untuk mencapai 50 gol untuk The Gunners.

➤ Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan 80% gol Liga Perdana Arsenal ditempat lawan musim ini (4/5), dengan Lucas Torreira menjaringkan gol satu lagi.
Tempat Lawan
M S K J B +/-
1 3 0 5 3 +2

Post a Comment

Previous Post Next Post