Gabriel Martinelli Dipujuk Bermain Untuk Itali

ITALI beria-ria cuba menyakinkan Gabriel Martinelli untuk mewakili mereka, bukan Brazil.


Pemain prospek Arsenal ini dilahirkan di Brazil dan telah mendapat panggilan untuk menyertai kem latihan bagi persediaan kejohanan Copa Amerika pada musim panas, pun begitu  Martinelli setakat ini masih belum membuat sebarang penampilan untuk mana-mana peringkat bersama skuad Samba.

Penyerang muda The Gunners ini boleh mewakili pasukan kebangsaan Itali kerana mempunyai darah keturunan Azzurri melalui bapanya dan Persekutuan Bola Sepak Itali dilaporkan telah menghubunginya untuk bertanya kebarangkalian pemain tersebut beraksi untuk mereka.

Mengikut laporan The Metro, ketua jurulatih kebangsaan Itali, Roberto Mancini tidak menolak kemungkinan Martinelli akan mendapat panggilan Itali di masa akan datang.

Belia berkata: "Tidak begitu mudah buat Martinelli memohon bermain untuk Itali.

"Kami perlu menunggu pemain-pemain yang mempunyai dua pasport. Buat masa sekarang, kami mahu meneruskan untuk menukar [Ciro] Immobile dengan [Andrea] Belotti.

Ciro Immobile, penyerang Lazio berusia 29 tahun.
Martinelli telah memberi impak yang baik kepada Arsenal setakat ini, walau tidak berpengalaman bermain di peringkat tertinggi liga. Kelab terdahulunya, Ituano bermain di liga keempat Brazil.

Dia boleh bermain di bahagian sayap atau mengetuai barisan hadapan serangan. 

Setakat ini Martinelli sudah menjaringkan empat gol (dua menentang Nottingham Forest, dua menentang Standard Liege), dalam empat penampilan untuk the Gunners.

Kesemua empat gol yang dijaringkannya itu dilakukan apabila dia disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan, dan dia membalas kepercayaan pengurusnya, Unai Emery dengan menggunakan kepantasan dan tenaga mudanya untuk menjaringkan gol-gol tersebut.

Selain kepantasan larian dan cekap menghidu peluang gol, dia juga dilihat rajin untuk berlari  serta memberi tekanan kepada pihak lawan selain turun ke bawah membantu bahagian pertahanan.

Andai Martinelli bersetuju untuk bermain mewakili Itali, dia akan menjadi nama baru dalam senarai pemain Brazil yang menukar kerakyatan untuk bermain untuk Azzurri. 

Antara nama lain dalam senarai ini adalah Thiago Motta, Jorginho, Jose Alfatini dan Emerson Palmeiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post