Mattéo Guendouzi dedahkan kebaikan Unai Emery terhadap dirinya

PEMAIN muda Arsenal, Guendouzi puji Emery dengan menyifatkan pengendali itu banyak mengajarnya, baik di dalam mahupun di luar padang.

Pemain ini dibawa masuk menyertai Arsenal musim lalu ketika Emery mula mengambil alih Arsenal daripada tampuk pemerintahan Arsenal Wenger.

Walaupun berusia 19 tahun ketika menyertai Arsenal, namun usaha gigih beliau musim lalu berjaya mendapat kepercayaan Emery untuk menurunkan beliau dalam kesebelasan utama Arsenal.

Dan kini (berusia 20 tahun), beliau berjaya menempatkan dirinya selaku pemain utama The Gunners dan memasuki musim kedua bersama Arsenal, prestasi beliau dilihat semakin mantap dan menyakinkan.

Maka tidak hairanlah jika Guendouzi dipanggil menyertai skuad utama Perancis walaupun masih muda jika diukur dari umur.
Kecederaan yang dialami Paul Pogba memberi ruang kepada beliau untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan Perancis pada rehat antarabangsa sebelum ini.

Begitu pun, pemain tengah muda Arsenal ini, kali ini, kembali ke skuad U21 Perancis untuk menghadapi Azerbaijan dan Slovakia pada perlawanan kelayakan Euro 2021.
Beliau yang berada di pusat latihan kebangsaan Perancis, Clairefontaine bersama-sama pemain lain, telah ditanya beberapa soalan oleh pihak media sebagaimana dilaporkan oleh Foot Mercato, tentang keadaannya di Arsenal dan hubungan dengan Emery.
"Kami banyak berkomunikasi dalam latihan, dalam permainan tentang apa yang boleh saya bawa di padang atau dalam kehidupan peribadi saya." jelas Guendouzi.

"Dia merupakan individu yang mengajar saya banyak perkara di dalam dan di luar padang.

"Saya tahu dia begitu mempercayai saya kerana saya telah memulakan semua perlawanan dalam Liga Perdana sejak permulaan musim ini.

"Ia terpulang kepada saya untuk mengekalkan diri saya, bermain dengan baik dan membayar balik kepercayaan itu.

"Dia satu-satunya yang memberi peluang kepada saya untuk tahap tertinggi. Saya sudah banyak bermain tahun lepas.

"Dia memberi saya banyak keyakinan dan dia yang membuatkan saya berasa baik di padang.

"Terdapat juga rakan sepasukan saya, yang merupakan sebahagian besar daripada itu [mengajar dan memberikan keyakinan], tetapi dia [Emery] benar-benar membuatkan saya maju sejak saya tiba di Arsenal ".

Pemain berusia 20 tahun itu sudah mempunyai dua bantuan gol dalam sembilan penampilan untuk The Gunners musim ini dan berjaya 'menyingkirkan' rakan sepasukan yang jauh lebih berpengalaman, Lucas Torreira untuk musim ini, setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post