Gol menentang Arsenal bakal cipta sejarah buat kelab Portugal, media tempatan tidak percaya.

VITORIA Guimaraes ketika ini berada dalam situasi yang sangat sukar dalam saingan Liga Europa.



Selepas mengharungi dua perlawanan, mereka masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan mahupun mata dan menghuni tangga tercorot kumpulan.
Dan sudah pasti kemenangan ke atas Arsenal menjadi perkara penting untuk mereka dalam menghidupkan kembali peluang layak beraksi ke peringkat seterusnya.

Walaupun media Portugal mungkin sepatutnya memberi galakan kepada kelab itu untuk mencipta kejutan namun sebenarnya mereka (media) juga tidak yakin mengenai perkara tersebut (mencipta kemenangan ke atas Arsenal).

Sebelum ini, A Bola menghangatkan suasana dengan tampil bersama laporan yang mengatakan permain kelab itu mungkin menerima suntikan tambahan ketika menentang Arsenal, namun terdapat juga media tempatan yang tidak yakin dengan usaha kelab dan pemain itu.
Akhbar O Jogo membawa cerita hari ini dengan menyatakan kelab-kelab besar Portugal seperti Porto, Sporting dan Braga telah bermain di Stadium Emirates sebelum ini, namun tiada satu pun daripada mereka berjaya menjaringkan walaupun satu gol dalam empat perlawanan terakhir dilaman lawan (Stadium Emirates).

Rekod pertemuan Arsenal menentang kelab-kelab Portugal.
Tarikh Musim Saingan Pusingan Perlawanan Keputusan
29.10.1969 1969/70 ICF 1/16 Final Sporting CP - Arsenal  0-0
26.11.1969 1969/70 ICF 1/16 Final Arsenal - Sporting CP 3-0
23.10.1991 1991/92 EC Second Round SL Benfica - Arsenal  1-1
06.11.1991 1991/92 EC Second Round Arsenal - SL Benfica 1-3
26.09.2006 2006/07 CL Group stage Arsenal - FC Porto 2-0
06.12.2006 2006/07 CL Group stage FC Porto - Arsenal  0-0
30.09.2008 2008/09 CL Group stage Arsenal - FC Porto 4-0
10.12.2008 2008/09 CL Group stage FC Porto - Arsenal  2-0
17.02.2010 2009/10 CL 1/8 Final FC Porto - Arsenal  2-1
09.03.2010 2009/10 CL 1/8 Final Arsenal  - FC Porto 5-0
15.09.2010 2010/11 CL Group stage Arsenal - Sporting de Braga 6-0
23.11.2010 2010/11 CL Group stage Sporting de Braga - Arsenal London 2-0

Untuk membuatkan keadaan menjadi lebih buruk, Arsenal telah menjaringkan 17 gol dalam tempoh itu.

The Gunners telah mengalahkan Porto 2-0, 4-0 dan 5-0, dan juga mengalahkan Braga 6-0.

Satu-satunya pasukan Portugal yang berjaya menjaringkan gol ketika menentang Arsenal di tempat lawan adalah Benfica yang mencatatkan kemenangan pada pusingan kedua European Cup 1991/92, perlawanan kedua (timbal balik).

Dan semenjak itu, Arsenal tidak pernah tewas apabila beraksi dilaman sendiri mahupun melepaskan sebarang gol berdepan kelab-kelab Portugal.

Berdasarkan itu, adalah sukar untuk media tempatan seperti O Jogo mempercayai Vitoria mampu menjaringkan gol ketika bertemu Arsenal pagi esok.

Laporan O Jogo
Sekiranya Vitoria berjaya menjaringkan gol, sudah pasti ianya merupakan sejarah baru buat pasukan  dari Portugal.

Post a Comment

Previous Post Next Post