Danny Welbeck bakal berehat lama lagi selepas mengalami satu lagi kecederaan ketika beraksi dalam perlawanan PL hujung minggu lepas.
Dia mengalami kecederaan seawal minit kelima ketika bermain menentang Tottenham Hotspur pada hari Sabtu lalu. Dia terhincut-hincut berjalan keluar padang sambil dibantu oleh pegawai perubatan Watford, dan digantikan dengan pemain sayap, Gerard Deulofeu.
Perlawanan itu berkesudahan seri 1-1 selepas Dele Alli menjaringkan gol penyamaan empat minit sebelum tamat 90 minit perlawanan, membatalkan gol Abdoulaye Doucoure pada separuh masa pertama.
Walaupun kehilangan Welbeck, Watford sedikit lega kerana Troy Deeney semakin hampir ke kecergasan penuh untuk kembali bermain.
Selepas tamat perlawanan, penguus kelab Quique Flores Sanchez mendakwa Welbeck mengalami kecederaan buku lali, tetapi selepas beberapa pemeriksaan lanjut, dia disahkan mengalami kecederaan koyak hamstring.
Pasukan perubatan kelab sudah bertanya pendapat beberapa pakar perubatan sebelum membuat perancangan program rehabilisasinya.
Welbeck atau nama penuhnya Daniel Nii Tackie Mensah Welbeck sudah terlepas enam bulan terakhir musim lepas kerana mengalami kecederaan buku lali yang serius yang memerlukan dua pembedahan.
Dia mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi untuk Arsenal menentang Sporting Lisbon dalam perlawanan peringkat kumpulan Europa League pada November 2018.
Dan kerana kecederaan serius ini, kakitangan the Hornets mengalami langkah lebih berjaga-jaga dengan pengenalan Welbeck ke dalam perlawanan skuad utama sejak dia tiba ke kelab secara percuma pada Ogos lalu.
Bertabahlah Welbeck dengan kecederaan baru yang menimpa diri anda! Semoga cepat sembuh dan cergas sebaiknya untuk dapat membantu Watford musim ini.