Unai Emery menyatakan bahawa dia sangat menggemari corak permainan pemain Brazil, Fabinho dan mengaku dia mahu mendapatkan pemain ini untuk Arsenal.
Dia sudah menjadi peminat Fabinho sejak dia masih lagi menjadi pengurus Paris Saint-Germain manakala Fabinho bermain untuk kelab seteru Ligue 1 Perancis, AS Monaco.
Nama Fabinho sudah berada di dalam senarai pemain baru yang diinginkan oleh Unai ketika dia menjadi pengurus baru Arsenal, namun hajatnya tidak kesampaian - the Gunners gagal mendapatkan Fabinho..
"Saya sangat suka dengan Fabinho ketika kami masih berada di Perancis. Saya mahu membawanya ke PSG dari Monaco ketika itu," katanya
"Ketika saya tiba di sini, namanya sudah ada di atas meja, tetapi dia memilih untuk menyertai Liverpool."
Sebagai ganti, Unai menandatangani pemain tengah defensif Uruguay, Lucas Torreira dari Sampdoria.
Fabinho memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan bolasepak Premier League dan Jurgen Klopp sangat bersabar dan akhirnya kini Fabinho menjadi pemain utama untuk the Reds.
Dan Unai mahukan pendekatan yang sama untuk dua orang pemain barunya.
"Dia jarang bermain pada enam bulan pertama di sana, untuk penyesuaian diri. Sekarang dia sudah hebat, dan saya mahukan perkara yang sama berlaku kepada Dani Ceballos dan [Nicolas] Pepe.