Penyokong Arsenal hantar mesej kepada Unai Emery dengan lagu Mesut Ozil.

PEMINAT dan penyokong Arsenal telah menghantar mesej kepada Unai Emery dengan menyanyikan 'chant' lagu Mesut Ozil ketika ketinggalan dalam saingan Liga Europa sebelum The Gunners bangkit memenangi 3-2.



Penyokong Arsenal meluahkan perasaan mereka kepada pengendali Arsenal, Unai Emery dengan menyanyikan nama Mesut Ozil di Emirates pada malam Khamis.

Ketika perlawanan Liga Europa menentang Vitoria, The Gunners ketinggalan dua kali pada ketika 1-0 dan 2-1, satu kejutan besar memandangkan kekuatan terhad daripada pihak lawan dari Portugal berbanding Arsenal.

Pun begitu, The Gunners berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

Namun Ozil sekali lagi tersisih daripada skuad untuk perlawanan ini dan ini juga menimbulkan kegusaran kepada beberapa peminat dan penyokong The Gunners.

Mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan Emery menghantar mesej kepada pengendali Arsenal itu dengan 'chant' yang bergema di sekitar Emirates sebagai respons untuk memberitahu kepada pengendali itu: "Kami mempunyai Ozil, Mesut Ozil, saya tidak fikir anda faham."

Sebelum perlawanan, satu video pendek tersebar dengan menggambarkan terdapat sedikit ketegangan diantara Mesut Ozil dan Unai Emery apabila kedua-dua mereka dilihat berbincang panjang.


Keadaan di pusat latihan London Colney itu turut menyaksikan Emery dan Ozil berjabat tangan sebelum berjalan 'lari' dari kelompok pemain lain.

Kedua-dua mereka juga dilihat bertentang mata ketika berbincang, sebelum Dani Ceballos, Robert Pires dan Matteo Guendouzi datang 'mengganggu' perbualan mereka berdua.

Ozil kemudiannya memuat naik status misteri di laman sosialnya dengan gambarnya tersenyum dengan ungkapan: "Kamu membuatkan saya ketawa ..."
Anda boleh melihat dan membaca mengenai laungan “We’ve got Ozil, Mesut Ozil, I just don’t think you understand.” pada tampalan dibawah.




Tonton juga video mengenai Unai Emery: Saya TIDAK mahu bercakap mengenai MESUT OZIL!

Post a Comment

Previous Post Next Post