David Luiz percaya Arsenal bermain dengan baik dalam pelbagai aspek dan tidak boleh berputus asa dengan kekalahan Liga Perdana baru-baru ini kepada Sheffield United.
The Gunners terlepas peluang untuk menempatkan diri dikalangan tiga teratas liga selepas mengalami kekalahan 1-0 ditempat lawan pada hari Isnin, menentang Sheffield United.
Kekalahan itu menimbulkan banyak persoalan mengenai taktikal dan kemampuan pasukan kendalian Unai Emery dalam memberikan saingan musim ini selain turut mengundang kritikan terhadap pasukan.
Arsenal terselamat daripada dimalukan dalam saingan Liga Europa menentang kelab Portugal, Vitoria selepas jaringan pemain gantian, Nicolas Pepe membantu Emery mencatatkan kemenangan 3-2, selepas ketinggalan dua kali.
Emery mengakui ketidakpuasan peminat berikutan kekalahan di Bramall Lane, namun David Luiz mahu rakan sepasukannya untuk tampil dengan gaya bermain mereka dengan yakin.
"Kami harus jujur tentang apa yang berlaku, tetapi kami juga harus tenang," kata pemain tengah itu kepada Sky Sports.
"Ia hanya kekalahan kedua kami musim ini, kami melakukan pelbagai perkara dengan baik, kami perlu terus mempercayai falsafah kami, kami perlu terus mempercayai pasukan kami, yang merupakan cara terbaik untuk kami memperbaiki diri.
"Bolasepak adalah pada penghujungnya, bukan permulaan, jadi mari kita lihat bagaimana kami selesaikan pada akhir musim pada bulan Mei."
Perlawanan seterusnya Arsenal adalah menentang Crystal Palace dilaman sendiri pada malam ini jam 12.30 malam waktu Malaysia.
Kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan dengan satu mata dan kedudukan liga juga dipisahkan satu tangga, Arsenal ditangga ke-5 dan Palace ditangga ke-6.
Kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan dengan satu mata dan kedudukan liga juga dipisahkan satu tangga, Arsenal ditangga ke-5 dan Palace ditangga ke-6.
Pos | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Liverpool | 9 | 8 | 1 | 0 | 21 | 7 | +14 | 25 |
2 | Manchester City | 10 | 7 | 1 | 2 | 31 | 9 | +22 | 22 |
3 | Leicester City | 10 | 6 | 2 | 2 | 25 | 8 | +17 | 20 |
4 | Chelsea | 10 | 6 | 2 | 2 | 23 | 16 | +7 | 20 |
5 | Arsenal | 9 | 4 | 3 | 2 | 13 | 12 | +1 | 15 |
6 | Crystal Palace | 9 | 4 | 2 | 3 | 8 | 10 | −2 | 14 |
"Jika anda mahu mencapai matlamat besar, anda perlu memikirkan kemenangan, menang, menang," katanya.
"Ia akan menjadi sukar menentang Crystal Palace, tetapi kami mahu tiga mata. Saya mahu memenangi gelaran bersama Arsenal - sebab itulah saya di sini."