Jerman menang walaupun beraksi dengan 10 pemain dengan Gundogan muncul wira.

Pemain Manchester City, Ilkay Gundogan muncul wira Jerman dengan dua gol dijaringkan beliau ketika menewaskan Estonia pada saingan kelayakan Euro 2020 awal pagi tadi.

Jerman terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Emre Can dibuang padang, namun masih berjaya mencatatkan kemenangan 3-0.

Sebelum ini, Jerman menang dengan keputusan besar, 8-0 ketika kedua-dua pasukan bertemu di Mainz Jun lalu namun pasukan pelawat mendapat masalah apabila Can dibuang padang hanya selepas 14 minit di Tallinn kerana mengasari lawan.

Highlight Jerman 8-0 Estonia

Pemain tengah Manchester City, Gundogan meledak dua kali sebelum penyerang gantian Timo Werner menambah gol ketiga yang membuatkan Jerman berada di laluan tepat untuk layak ke pusingan akhir tahun depan. 

“Selepas suku pertama kami bermain 10 orang, jadi semuanya lebih sukar dan kami perlu menyesuaikan keadaan,” kata kapten Jerman, Manuel Neuer.

“Saya tidak rasa ia adalah persembahan buruk. Ia adalah persoalan masa sebelum jaringan muncul dan pada satu ketika kami sudah menghancurkan mereka.”

Jerman kekal di tangga kedua kumpulan dengan mengumpul 15 mata menyamai mata dengan pendahulu Kumpulan C, Belanda yang menewaskan Belarus 2-1 di Minsk.

KUMPULAN C
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts Qualification
1 Netherlands 6 5 0 1 19 7 +12 15 Qualify for final tournament
2 Germany 6 5 0 1 20 6 +14 15 Qualify for final tournament
3 Northern Ireland 6 4 0 2 8 7 +1 12
4 Belarus 7 1 1 5 4 12 −8 4
5 Estonia 7 0 1 6 2 21 −19 1

Jerman dijangka tidak menghadapi masalah untuk mencatatkan kemenangan apabila bertemu Belarus di Moenchengladbach dan Ireland Utara di Frankfurt bulan depan untuk memastikan Jerman beraksi di Euro 2020.

Can dan Gundogan, yang kedua-duanya memiliki pertalian darah dengan Turki, mencetuskan keresahan sebelum sepak mula apabila kedua-dua mereka memadamkan ‘likes’ di Instagram terhadap gambar memaparkan pemain bolasepak Turki membuat penghormatan tentera.
Ia adalah simbol sokongan terhadap negara itu yang sedang melaksanakan misi ketenteraan di Syria.

UEFA dan Persatuan Bolasepak Jerman berkata mereka akan menyiasat insiden berkenaan.
Highlight : Estonia 0-3 Jerman

Post a Comment

Previous Post Next Post