PENGURUS akademi The Gunners mendedahkan bahawa terdapat persaingan dalam satu aspek latihan antara dua pemain Arsenal yang mempunyai kepantasan.
Bekas kapten Arsenal, Per Mertesacker telah mendedahkan bahawa terdapat persaingan dalam latihan berlari ketika menjalani latihan di London Colney.
Pemain pertahanan Jerman itu tidak pernah menjadi pemain terpantas Arsenal malah peminat dan penyokong menyifatkan beliau adalah terlalu perlahan dikalangan pemain.
Mempunyai bentuk fizikal yang besar dan tinggi, Per bukanlah pemain The Gunners yang mampu 'menghambat' lawan dan ketika bertahan (sekiranya tertinggal) dan sudah pasti kita dapat menyaksikan pemain-pemain lain Arsenal yang membantunya, salah seorang adalah Hector Bellerin.
Pun begitu, beliau dalam laporan yang dikeluarkan Athletic, Per telah mendedahkan bahawa ada persaingan yang wujud dikalangan pemain muda Arsenal sewaktu dirinya masih beraksi untuk The Gunners.
Theo Walcott dan Hector Bellerin adalah dua saingan yang diperkatakan dengan pengurus akademi Arsenal itu menyatakan bahawa kedua-dua mereka sentiasa bersaing dan tidak pernah berpuas hati sekiranya mereka berada di pihak yang kalah.
Siapa lebih laju |
"Hector dan Theo Walcott terikat dalam pertempuran yang berterusan untuk mencatat masa larian terpantas di Arsenal," kata Mertesacker kepada Athletic.
"Ia adalah persaingan yang hebat sama seperti (sprinters) Carl Lewis dan Ben Johnson pada tahun 1980-an.
Ben Johnson (tengah) dan Carl Lewis (kanan) merupakan perseteruan utama dalam larian pecut pada satu ketika dahulu. |
"Saya sentiasa mencatatkan ujian dengan lebih baik daripada apa yang orang lain jangkakan, sekurang-kurangnya 10 meter pertama.
"Saya hanya memerlukan tiga langkah panjang untuk ke sana. Lebih 30 meter, ia lebih sukar untuk saya.
"Tetapi Hector dan Theo tidak dapat menjadi yang kedua.
"Sekiranya salah seorang daripada mereka mendahului dengan sesaat atau lebih, yang lagi seorang akan berusungguh-sungguh untuk melakukan sekali lagi, berusaha untuk melakukan lebih pantas. Hector hanya sedikit lebih laju. "
Mertesacker dan Walcott kedua-duanya meninggalkan Arsenal pada 2018, dengan pertahanan Jerman itu bersara dan mengambil peranan bersama akademi, sementara Walcott berpindah ke Everton.