Lagenda Arsenal bersama dua bekas pemain terkenal mahu menjadi pemilik Wycombe Wanderers F.C

PEMAIN LAGENDA Arsenal, Dennis Bergkamp bersama Henrik Larsson dan Dirk Kuyt mahu membeli Wycombe Wanderers F.C.



Wycombe merupakan pasukan bolasepak yang beraksi dalam saingan peringkat ketiga tertinggi liga bolasepak Inggeris, League One.

Pasukan yang pernah membuat kejutan apabila mara ke peringkat separuh akhir Piala FA pada musim 2000/01 dan turut menerima anugerah sebagai FA Cup Giant Killers pada musim tersebut.

*Pada musim itu, Wycombe beraksi pada saingan ketiga tertinggi Liga Inggeris -  Football League Second Division, yang kini dikenali sebagai Football League One.

Struktur Liga Inggeris (5 Peringkat Tertinggi)
Level League(s)/Division(s)
1 Premier League
20 clubs – 3 relegations
2 EFL Championship
24 clubs – 3 promotions, 3 relegations
3 EFL League One
24 clubs (currently 23) – 3 promotions, 3 relegations
4 EFL League Two
24 clubs – 4 promotions, 2 relegations
5 National League
24 clubs – 2 promotions, 4 relegations

Enam hari lalu, Independent melaporkan dimana Ronald Koeman merupakan individu dilantik oleh kumpulan yang disertai oleh tiga bekas pemain bolasepak yang membuat tawaran untuk membeli pasukan tersebut.

Ketiga-tiga bekas pemain bolasepak terkenal itu merupakan Dennis Bergkamp, Henrik Larsson dan Dirk Kuyt.


Laporan menyebut ketiga-tiga pemain itu telah membuat tawaran untuk mengambil alih kelab tersebut pada awal tahun ini, tetapi lembaga pengarah Wycombe memilih untuk membuat keputusan menilai tawaran lain.

Bagaimanapun, mereka bertiga mampu membuat tawaran baharu sekiranya rundingan untuk menjual kelab tersebut oleh pihak pengurusan kelab kepada ahli perniagaan Amerika, Rob Couhig menemui kegagalan.

Koeman mengesahkan telah menawarkan khidmat nasihat kepada mereka bertiga mengenai tawaran tersebut dalam satu temubual bersama wartawan menjelang perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Ireland Utara.

"Saya tidak tahu sejauh perkembangan tersebut," kata bekas pengurus Everton dan Southampton.

"Saya hanya berada di belakang tabir, biar saya meletakkannya seperti itu. Saya sebagai penasihat.

"Saya sedia, sekiranya mereka mahu mendapatkan nasihat saya, tetapi saya bukan orang yang akan melabur. Saya bukan individu yang akan menentukan bagaimana proses akan diteruskan.

"Mereka mempunyai impian untuk membeli kelab itu dan mereka bekerja ke arah itu, tetapi saya tidak terlibat secara langsung dan saya tidak mahu itu.

"Saya telah ditanya sama ada mereka mahukan nasihat dan jika mereka fikir saya dapat memberi pendapat yang baik, saya bersedia. 

"Tetapi saya bukanlah orang yang layak untuk membincangkannya."

Post a Comment

Previous Post Next Post