PENGENDALI Arsenal, Unai Emery dilaporkan tidak mempunyai rancangan untuk membuat sebarang pembelian pada jendela perpindahan Januari ini.
Ini berikutan selepas mengetahui nilai bayaran yang perlu dikeluarkan bagi mendapatkan pemain pertahanan yang disasarkan.
The Gunners telah membuat permulaan yang cukup mantap musim ini apabila berada ditangga ketiga liga ketika ini, namun terdapat ruang yang jelas untuk diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.
Kekurangan ataupun kelemahan ketara yang dihadapi Unai pada musim ini adalah pada bahagian pertahanan tengah dan ini tidak mengejutkan untuk melihat pengendali tersebut menerokai peluang yang ada untuk mengukuhkan lagi pasukan.
Laporan semalam mendedahkan bahawa Arsenal berminat untuk mendatangani pertahanan Villarreal, Pau Torres selepas pemain itu dikatakan mendapat sokongan peribadi daripada bekas pemain The Gunners, Santi Cazorla.
Santi Cazorla bantu 'scout' Arsenal dalam pencarian dan perebutan pemain pertahanan… https://t.co/nf5QhJkvs9— MyGooners (@MyGooners1886) October 15, 2019
Arsenal turut dilaporkan berminat untuk membawa pemain muda Scunthorpe, Joey Dawson yang berusia 16 tahun pada jendela perpindahan Januari nanti.
Emery meneruskan revolusi pemain muda Arsenal dengan menandatangani pemain berusia 16 tahun… https://t.co/BC8rRIsGh4— MyGooners (@MyGooners1886) October 14, 2019
Walau bagaimanapun, menurut David Ornstein dalam laporan yang dikeluarkan The Athletic, Emery telah memutuskan untuk membatalkan hasrat membeli pada jendela kedua nanti selepas mengetahui kos sebenar pemain sasaran utamanya yang jauh melebihi kuasa perbelanjaan Arsenal.
Sebagaimana dilaporkan, Arsenal telah menghantar peninjau dan pencari bakat untuk menilai secara terperinci pertahanan tengah RB Leipzig, Dayot Upamecano dan pemain itu juga dikatakan berada dalam senarai utama Emery untuk mengukuhkan barisan pertahanan The Gunners pada Januari nanti.
• Arsenal are expected to have a quiet January window, like most other clubs— Cannon Insider (@CannonInsider) October 14, 2019
• Interested clubs (a group which has included #AFC for a long time) were quoted £100m for Leipzig’s Dayot Upamecano in the summer
[David Ornstein/The Athletic] pic.twitter.com/1rtysa0wfQ
Bagaimanapun, Leipzig menegaskan bahawa pemain itu tidak akan dijual pada harga yang murah dan dilaporkan kelab Jerman itu telah pun meletakkan tanda harga berjumlah €100 juta untuk mana-mana pasukan berhajat mendapatkan Upamecano.
Satu jumlah dan bayaran yang jauh melebihi kemampuan The Gunners, terutamanya pada jendela perpindahan kedua musim ini, Januari nanti.
Pun begitu, Emery dikatakan bersedia melepaskan pemain-pemain yang tidak diperlukan beliau bersama Arsenal pada jendela perpindahan kedua nanti bagi mendapatkan dana perpindahan tersebut.
Bagi senarai itu (pemain yang akan dilepaskan/dijual), Ornstein menjangkakan salah seorang pemain adalah Mesut Ozil dengan Fenerbahce menjadi kelab utama untuk menandatangani pemain Jerman itu dengan perjanjian pinjaman.