Sol Campbell semakin hampir dilantik sebagai pengurus baru Southend United

Sol Campbell semakin hampir untuk kembali ke pengurusan bolasepak, selepas perbincangan mengenai jawatan kosong pengurus Southend United sudah memasuki ke fasa seterusnya.

Menurut laporan dari Sportsmail, Campbell telah ditemuduga oleh kelab League One tersebut pada awal Oktober kerana dia adalah salah seorang calon untuk menggantikan Kevin Bond, yang telah meletak jawatan pada September lalu.

Sebelum Campbell, Southend telah duduk berbincang dengan bekas penyerang hebat Sweden, Henrik Larsson, namun akhirnya mereka tidak dapat mencapai kata sepakat.

Bekas pemain pertahanan tengah legenda Arsenal ini masih tidak mempunyai kelab selepas meninggalkan kelab League Two, Macclesfield Town secara persetujuan bersama pada Ogos lepas.


REKOD PENGURUSAN SOL CAMPBELL


Kelab: Macclesfield Town (Disember 2018 - Ogos 2019)

Perlawanan
Menang
Kalah
Seri
Gol Dijaringkan
Gol Bolos
Jumlah Mata
30
9
10
11
45
48
37


Pengerusi Southend, Ron Martin girang dengan perkembangan Campbell ini dan telah memuji hasil kerjanya di Macclesfield.

"Sol merupakan seorang individu yang fasih dan bersemangat," kata Martin kepada Southend Echo.

"Mereka perlu tahu mengapa Sol boleh berjaya dengan Macclesfield."

Southend kini dalam kedudukan bahaya, dan perlu sesuatu untuk mengubah nasib mereka secepat mungkin pada musim ini.

Pasukan yang diberi gelaran the Shrimpers ini kini menduduki tempat kedua tercorot League One dengan memperolehi hanya lima mata dari 13 perlawanan.

Post a Comment

Previous Post Next Post