Manchester United sibuk mencari pemain-pemain baru untuk memperkuatkan skuad di setiap posisi pada jendela perpindahan pemain musim lepas.
Menurut laporan dari laman sesawang Goal.com, Wojciech Szczesny tiba-tiba termasuk dalam senarai pemain sasaran mereka, dan sudah menghubungi Juventus menyatakan keinginan mereka untuk mendapatkan penjaga gol tersebut.
Walau Szczesny sudah menjadi penjaga gol utama Juventus sejak dua tahun lepas, ianya tidak menghalang United untuk mendapatkannya sebagai pemain berpotensi untuk menggantikan David de Gea, sebelum penjaga gol Sepanyol tersebut menandatangani kontrak baru dengan gaji baru £375,000 seminggu sehingga 2023.
United kini terpaksa menahan seketika niat mereka itu untuk mendapatkan penjaga gol Poland ini selepas melihat komitmen De Gea bersama kelab.
Szczesny menyertai Juventus pada tahun 2017 setelah lapan tahun bersama Arsenal dan telah membantu kelab memenangi dua kejuaraan Serie A, dua Coppa Italia, dan satu Piala Super Itali.
Pengarah Sukan kelab Juventus, Fabricio Paratici dijangka akan menawarkan kontrak baru jangka masa panjang yang lebih baik kepada pemain berusia 29 tahun, yang mungkin melihat kenaikan gaji tahunannya.
Szczesny melepaskan tujuh gol dari tujuh perlawanan dalam semua kejohanan musim ini setakat ini, dan berjaya membuat dua cleansheet.