LAGENDA WALES, John Toshack menjadi individu yang menghiasi muka depan edisi terbaru majalah sukan Sepanyol, Libero.
Bekas pemain Cardiff City, Liverpool dan Swansea City telah membuat temubual panjang bersama wakil majalah tersebut dan ianya bakal dikeluarkan tidak lama lagi, namun 'teaser' mengenainya dapat disaksikan dilaman web mereka (Libero).
Selepas bersara daripada menjadi pemain bolasepak, Toshack menghabiska hampir separuh usia kariernya sebagai pengurus pasukan di Sepanyol.
Beliau pernah menguruskan kelab Real Sociedad, Real Madrid, Deportivo La Coruña dan Real Murcia.
Rekod Toshack sebagai pengurus.
Tahun/musim | Kelab diuruskan |
---|---|
1978–1983 | Swansea City (Player–manager) |
1983–1984 | Swansea City |
1984–1985 | Sporting CP |
1985–1989 | Real Sociedad |
1989–1990 | Real Madrid |
1991–1994 | Real Sociedad |
1994 | Wales |
1995–1997 | Deportivo |
1997–1999 | Beşiktaş |
1999 | Real Madrid |
2000–2001 | Saint-Étienne |
2001–2002 | Real Sociedad |
2002–2003 | Catania |
2004 | Real Murcia |
2004–2010 | Wales |
2011–2012 | Macedonia |
2013 | Khazar Lankaran (Azerbaijan) |
2014–2016 | Wydad Casablanca (Maghribi) |
2018 | Tractor (kelab Iran) |
Jadi tidak hairanlah beliau fasih bahasa Sepanyol dan menyebabkan temubual tersebut menjadi panjang dan lebih selesa dilakukan.
Dalam temubual yang anda dapat saksikan pada laman web mereka, Toshack lebih banyak berbicara mengenai kisahnya ketika berada di Santiago Bernabeu.
Dan menariknya dalam temubual itu, beliau ada menceritakan 'sesuatu yang menarik' mengenai bekas pemain Arsenal, Nicolas Anelka yang dibawa masuk menyertai Real Madrid dari Arsenal.
"Saya masih ingat bahawa Wenger adalah pengurus Arsenal dan saya mempunyai perbualan dengannya kerana Anelka mahu keluar, tetapi perkara yang sangat pelik berlaku," kata Toshack kepada Líbero.
"Ketika saya melihat apa yang dibayar oleh Madrid untuk Anelka, itu bukan apa yang saya fahami. Saya ditinggalkan ... (muka yang terkejut). Apa yang telah saya persetujui adalah kurang daripada jumlah itu. Ada sesuatu yang tidak ... Perkara pelik berlaku. "
Anelka meninggalkan Arsenal untuk Real Madrid pada 1999 dengan nilai perpindahan yang dilaporkan berjumlah sekitar £23 juta.
Namun pemain itu hanya bertahan semusim sahaja di ibukota Sepanyol itu dengan menjaringkan hanya tujuh gol dalam 33 penampilan.
Namun pemain itu hanya bertahan semusim sahaja di ibukota Sepanyol itu dengan menjaringkan hanya tujuh gol dalam 33 penampilan.
Beliau kemudiannya kembali ke Paris Saint Germain sebelum menyertai Liverpool secata pinjaman, kemudian berpindah ke Manchester City, Fenerbahce, Bolton Wanderers, Chelsea, Shanghai Shenhua, Juventus, West Brom dan Mumbai City.
Anda boleh baca kisah beliau yang kami terbitkan pada Januari 2018 disini ➨ KLIK : Nicolas Anelka - to hell with English people.
Dan berbalik kepada 'kisah menarik' mengenai pembelian Anelka itu, laporan tersebut tidak mengulas lanjut mengenai tembual tersebut, mungkin ianya akan terdapat dalam terbitan rasmi (fizikal) mereka kelak.
Setakat ini, mereka (Libero) membuatkan kita semua tertanya-tanya....👀