Pendedahan Aaron Ramsey mengenai rundingan kontrak beliau bersama Arsenal.

RAMSEY meninggalkan Arsenal pada penghujung musim lalu dengan menyertai Juventus secara percuma setelah gagal dalam rundingan pembaharuan kontrak bersama The Gunners.



Bekas pemain Arsenal, Aaron Ramsey mengatakan terdapat banyak 'kekeliruan' mengenai rundingan kontrak bersama The Gunners dan itu menjelaskan bahawa bukan sahaja kita (selaku peminat dan penyokong) yang keliru, bahkan dirinya sendiri juga bingung mengenai apa yang berlaku dalam rundingan tersebut.

Arsenal secara tiba-tiba menamatkan rundingan pembaharuan kontrak bersama Ramsey disaat bukan sahaja kita, malahan beliau sendiri yakin dan pasti akan menandatangani kontrak baharu.

Lebih mengejutkan kita semua, Arsenal rela melepaskan pemain kebangsaan Wales ini secara percuma, penghujung musim lalu.

Pengakuan mengenai kekeliruan tersebut didedahkan beliau dalam temubual kepada BBC menjelang pertemuan Juventus menentang Inter Milan, yang mana ianya menemukan bekas rakan sepasukannya ketika bersama Arsenal, Alexis Sancez.

Berdasarkan kepada luahan dan komen yang diberikan Ramsey itu, jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya menyayangi Arsenal dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Emirates.

"Terdapat banyak kekeliruan, ada banyak perkara yang dipertaruhkan," katanya kepada BBC via Tutto Juve.

"Keputusan itu diambil (dibuat) dan itulah, jadi saya perlu menilai pilihan lain.

"Arsenal sedang melalui masa peralihan pada ketika itu, mereka mempunyai banyak pemain berkualiti dan bakat yang sedang berkembang.

"Arah yang mereka ambil adalah betul tetapi sekarang saya hanya memikirkan Juventus.

"Saya mempunyai peluang yang luar biasa di kelab yang sangat hebat. Saya hanya mahu menjadi sebahagian daripadanya sekarang dan mencapai matlamat yang hebat di peringkat penting. "

Semenjak meninggalkan Arsenal, Ramsey telah membuat empat penampilan secara keseluruhannya bersama Juventus dan berjaya menjaringkan satu gol.

Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Minit Beraksi
Serie A 3 1 195'
Champions League 1 - 3

Malah beliau juga kini sedang mempelajari bahasa Itali kerana merasakan ianya adalah perkara sangat penting dalam memastikan keberkesanan beliau bersama kelab tersebut.


Pada pertemuan menentang Inter Milan, Juventus tidak menhadapi masalah untuk menewaskan skuad kendalian Antonio Conte di San Siro dengan keputusan 2-1.

Walau bagaimanapun, Ramsey tidak beraksi untuk perlawanan tersebut dan hanya berada dibangku simpanan.

Sorotan perlawanan Inter Milan menentang Juventus.

Post a Comment

Previous Post Next Post