Real Madrid tolak tawaran rendah £25 juta Arsenal untuk dapatkan Dani Ceballos

Real Madrid dilaporkan telah menolak tawaran £25 juta Arsenal untuk mendapatkan pemain tengah Sepanyol, Dani Ceballos.


Pemain tengah tersebut kini sedang dalam kontrak pinjaman di Arsenal, dan sudah memberikan beberapa aksi yang memberangsangkan walau bermain mengikut sistem penggiliran pemain Unai Emery.

Menurut El Desmarque, Arsenal telah menawarkan bidaan sekitar £25 juta untuk mendapatkan khidmat Ceballos secara tetap, tetapi tawaran tersebut telah ditolak oleh Madrid.

Mereka mendakwa Real Madrid telah menurunkan nilai harga pemain tersebut tetapi mahukan sekurangnya £30 juta untuk melepaskannya.

Ceballos menyertai Real Madrid pada tahun 2017, namun hanya membuat 17 penampilan liga sahaja dalam tempoh dua musim.

Dia juga menekankan mengenai hubungan kurang baik dengan pengurus kelab, Zinedine Zidane yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan seorang pemain tengah baru pada musim panas lalu.

Beberapa laporan dari Sepanyol pada awal minggu ini juga mendakwa Ceballos sudah bercakap secara berhadapan dengan presiden Madrid, Florentino Perez mengenai hajatnya untuk menyertai kelab London itu secara tetap.

Pemain berusia 23 tahun ini sudah membuat 12 penampilan dalam semua kejohanan musim ini, dan merupakan salah seorang pemain yang beraksi dengan baik.

Pemain legenda Arsenal, Ian Wright menyukai permainan yang ditunjukkan oleh Ceballos setakat ini, dan menggesa Emery untuk memainkan dia dengan lebih kerap selepas kekalahan the Gunners kepada Sheffield United kelmarin.

Beliau memberitahu Premier League Productions: "Saya rasa Ceballos perlu bermain. Dia [Emery] suka memainkan pemain remaja, dan saya senang melihat dia dan [Bukayo] Saka bermain.

"Jika anda mengeluarkan Ozil terus dari skuad perlawanan, maka kami mahu melihat lebih lagi daripada Saka dan Joe [Willock]." sambung Wright lagi.

Adakah Ceballos betul-betul boleh menyinar selepas menjadi pemain tetap di Arsenal, atau nasibnya akan sama seperti pemain-pemain bintang Arsenal yang lain seperti Mesut Ozil dan Aaron Ramsey.

Harapan kini adalah melihat pemain-pemain sedia boleh mengubah hala tuju pasukan musim ini (walaupun baru 3 bulan musim baru bermula), mendapatkan sekurangnya satu trofi kejuaraan, dan Ceballos boleh menjadi salah seorang pemain kunci atas kejayaan kelab musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post