Ozil, Tierney dan Holding beraksi dalam perlawanan 'rahsia' menentang Reading.

UNAI EMERY telah mengadakan perlawanan tertutup  menentang Reading yang berkesudahan seri 2-2.

Arsenal kembali ke aksi Liga Perdana pada awal pagi Selasa (waktu Malaysia - 3 pagi) dengan berkunjung ke Bramall Lane menentang Sheffield United.

The Blades berjaya mempamerkan aksi yang cukup baik dalam membuat kemunculan kembali dalam saingan Liga Perdana dengan mengumpul sembilan mata daripada lapan perlawanan pertama liga untuk menduduki tangga ke-13 liga ketika ini.


Kali terakhir mereka (Sheffield United) beraksi dalam saingan liga sebelum ini adalah pada musim 2006–2007.

Dan semenjak itu mereka telah beraksi dalam saingan Championship untuk tempoh empat musim (2007–2011) , sebelum jatuh ke League One selama enam musim (2011–2017) dan berjaya bangkit untuk beraksi kembali dalam saingan Championship pada 2017 sehingga musim lalu.

Dan musim ini (2019/20), dengan mereka kembali membuat kemunculan dalam saingan tertinggi Liga Inggeris, sudah tentu mereka mahu membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan belasahan yang melengkapkan pasukan bertanding dalam Liga Perdana.

Perlawanan 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Venue A H H A H A H A H
Keputusan S M K S K M K S
Kedudukan Liga 9 8 9 10 15 10 12 13
H - laman sendiri, A - laman lawan

Pasti mereka akan memberikan tentangan sengit kepada skuad Unai Emery, walaupun mereka hanya menang sekali dan menjaringkan dua gol di Bramall Lane setakat ini.

Overall
Pld W D L GF GA GD Pts
8 2 3 3 7 7 0 9
Home
W D L GF GA GD
1 0 3 2 4 −2
Away
W D L GF GA GD
1 3 0 5 3 +2

Lebih-lebih lagi mereka hanya kalah dengan satu gol sahaja ketika bertemu Liverpool bulan lalu dilaman sendiri.


Dan jika tidak kerana kesilapan penjaga gol mereka, Dean Henderson pasti perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Emery akan menerima beberapa bintang Arsenal yang kembali dari tugasan antarabangsa minggu ini dengan beberapa pemain lain telah kembali ke London Colney.

Selepas berakhirnya perlawanan antarabangsa, sudah tentu Emery terpaksa memikirkan taktikal dan teknikal berbeza dalam menggunakan pemain yang cergas sepenuhnya.

Pasti tahap kecergasan pemain yang terlibat dengan tugasan bersama skuad kebangsaan masing-masing menjadi perhatian dan sudah tentu juga Emery akan mengutamakan pemain yang tidak terlibat dengan tugasan tersebut.

Ini kerana, pemain yang tidak terlibat dengan tugasan antarabangsa pasti memiliki kelebihan dari segi tahap kecergasan.

Dan Arsenal telah melakukan persediaan dalam menghadapi perlawanan seterusnya liga dengan mengatur satu perlawanan tertutup menentang Reading.

Perlawanan tersebut berlangsung di London Colney, dengan Emery memberikan peluang kepada Mesut Ozil, Rob Holding, Shkodran Mustafi, Kieran Tierney dan Hector Bellerin.

Bagaimanapun,  Alexandre Lacazette dilaporkan tidak terlibat dalam perlawanan tersebut walaupun dilaporkan telah menjalani latihan penuh.

Perlawanan di London Colney berakhir dengan keputusan seri 2-2, Reading terlebih dahulu membuka jaringan sebelum Arsenal menjaringkan dua gol.

Namun, Royals kemudiannya menjaringkan satu gol untuk memastikan perlawanan berkesudahan seri bagi aksi persahabatan rahsia ini.

Menentang The Blades, Selasa ini jam 3 pagi (waktu Malaysia), Emery mungkin menggunakan beberapa pemain berbeza dengan formasi lain setelah menguji lima pemain tersebut (Mesut OzilRob HoldingShkodran MustafiKieran Tierney dan Hector Bellerin).


Sumber rujukan: Mirror

Post a Comment

Previous Post Next Post