DUA kelab Inggeris, Manchester City dan Liverpool masing-masing didenda oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan kekacauan di stadium ketika perlawanan Liga Juara-Juara bulan ini.
Jawatankuasa Kawalan, Etika dan Lembaga Disiplin UEFA mendakwa dua kelab itu minggu lalu dan mengumumkan hukuman selepas perbincangan semalam.
UEFA fine Liverpool £8,500 for 'field invasion by spectators' and Manchester City £13,500 for 'fans throwing objects' in recent Champions League matches https://t.co/HCrqO4TLtw pic.twitter.com/iW8tWx0E1j— MailOnline Sport (@MailSport) October 17, 2019
City dikenakan denda sebanyak €15,750 ekoran tindakan penyokong mereka membaling objek ketika menang 2-0 ke atas Dinamo Zagreb pada 1 Oktober.
Manakala Dinamo turut didenda €20,000 atas kesalahan sama dan melakukan kerosakan di Stadium Etihad.
Liverpool pula didenda €10,000 kerana kegagalan mereka dalam mengawal penyokong yang menyerbu masuk ke dalam padang ketika menang 4-3 ke atas Salzburg di Anfield pada 2 Oktober.
Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong remaja mereka telah memanjat pagar dan meluru ke arah Andy Robertson untuk mendapatkan jersinya manakala penyokong lain menceroboh padang pada pertengahan babak kedua.
Salzburg juga didenda €3,250 kerana kesalahan membaling objek.
Ajax dalam pada itu diperintah membayar denda sebanyak €68,000 angkara kerosakan dan kekacauan penonton ketika kunjungan ke Mestalla sekali gus menyaksikan penyokong mereka diharamkan membeli tiket bagi aksi menentang Chelsea, 11 November ini.
Mereka juga perlu berunding dengan Valencia dalam tempoh 30 hari untuk membincangkan jumlah pampasan kerosakan sebenar yang perlu dijelaskan mereka.
Sumber: Channel Asia News, Mirror dan Daily Mail.
Sumber: Channel Asia News, Mirror dan Daily Mail.